Connect with us

Artis / Selebriti

” Kenapa suara awak hampir serupa macam Mr. Os, sedara ke ? ” – Netizen

Video Perkongsian Seorang Lelaki Mengenai Hubungannya Dengan Arwah Mr. Os Raih Perhatian Warganet. Wah Memang Serupa Lah. Bukan Suara Je, Muka Pun Nampak Seiras. Siap Tunjuk Bukti Lagi Kaitan Dengan Arwah Mr. OS !!

Allahyarham Mr Os merupakan pelawak dan pelakon yang pernah mewarnai dunia seni hiburan suatu masa dahulu. Keunikan Mr Os dan kebolehannya bercakap dalam bahasa Iban dan loghat Perak yang pekat membuatkan peminat yang membesar pada zaman kegemilangan Mr Os mengingati pelakon berbakat ini.

Meninjau akaun Tiktok Dewa Arteh, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak lelaki Mr Os bernama Hafizul menjawab satu pertanyaan daripada seorang warganet. Soalannya berkisar mengenai suaranya yang dikatakan sama dengan suara Mr Os.

Klik gambar untuk info..

Mungkin ada yang tahu dan ramai juga yang tidak tahu bahawa Hafizul ini merupakan anak Mr Os. Hafizul juga pernah menyertai pertandingan Mencari Sepahtu Yang Hilang sebelum ini bersama seorang lagi adik beradiknya bernama Hazwan dan mereka menggunakan nama Arteh.

Menerusi video ini, turut ditunjukkan gambar Mr Os dan ibunya yang disimpan dalam wallet miliknya. Alahai cakap loghat Perak pekat macam ni, memang sama sangat suara Mr Os. Rupanya pun ada iras-iras Mr Os, memang Mr Os junior sangat.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@dewaarteh

Replying to @MieyLa Touch| SukaMekap kenapa suara mcm MR.OS ?

♬ original sound – Dewa Arteh – Dewa Arteh

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 38 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Patut pun…. anak arwah mr os rupanya.. anak arwoh Mr Os bukan kaleng2 orang nya ni belajor tinggi ni.. ”

” Soghe pun sama macam Mr Os. Anak ayah betul yang ni, copy paste suara, muka pun iras-iras.. komer mr.os junior.. ”

” Hadir support.. same saling tak tumpah macam mr OS… ada penggantinya.. boleh la tu jdi pelakon kan… mcm arwah jugak.. rindu lakonan arwah.. ”

” Ni lah anak Mr Os, memang kelakar macam ayoh dia.. tahu sjk masuk raja lawak tu.. terus minat sampai skrg.. best, lawak depa 3 org ori.. ”

” Terubat rindu dekat arwah… kecik2 dulu mmbesar dengan drama2 arwah
Teman dulu selalu show dgn arwah Mr.os… jeleborrrrr dan cakciborrrr itu dialog yg dia slalu guna kn bile show rindu arwah.. ”

” Heyyyy… Ank mr. Os… Actor paling sy minat suatu ms dulu. Sgt mhiburkan.. rindu dgr mr os ckp perak dia lain dr yg lain.. ”

” Payung la lagu deghoyan dah berbunge hehe. cuba dewa cakap bahasa sarawak mcm arwah abah mr os pun pandai cakap sarawak.. ”

” Kenapa dari mr os sampai la anak dia asal cakap je lucu.. lain macam la aura dia.. macam suara Johan Raja Lawak pun ada.. ”

Klik gambar untuk info..

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakat melawak yang ada pada Mr Os turun kepada anaknya ini. Terubat juga rindu peminat terhadap Mr Os apabila mendengar Hafizul bercakap. Semoga terus maju jaya dan berjaya dalam dunia seni.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok dewaarteh

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT