Artis / Selebriti
” Kenapa dia tak cakap sah dan kenapa aku yang nervous.. ” – Komen Netizen
Video Majlis Akad Nikah Fattah Amin dan Amira Othman raih perhatian ramai. Alhamdulillah dengan sekali lafaz rakan sekerja, Fattah telah sah menjadi rakan serumah kepada Amira..
Setulus Takdir Fattah Amira, itu simbolik yang digunakan untuk pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman. 14 September 2025 menjadi tarikh keramat untuk pasangan ini apabila mereka baru sahaja disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah sebentar tadi.
Rata-rata warganet sememangnya menanti-nantikan majlis pernikahan Fattah dan Amira ini. Dibawakan secara langsung oleh Unifi, live Unifi merakamkan moment bahagia FattMira pada malam ini. Ianya juga sebagai hadiah hari lahir oleh Amira untuk Fattah sempena hari lahir Fattah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era.je, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika majlis berlangsung. Hanya dengan sekali lafaz, Amira sah menjadi isteri kepada Fattah. Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan bapa pengantin perempuan dengan hantaran seutas gelang emas.

Rekaan Rizman Ruzaini sememangnya menaikkan seri pengantin kedua mempelai. Busana yang indah dan cukup sempurna. Reka Teemor pula memberikan sentuhan yang cukup mengagumkan dengan dekorasi dewan dan pelamin yang cantik untuk Fattah dan Amira.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah mendapat banyak tanda suka dan komen oleh peminat-peminat pasangan ini. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Alhamdulillah… tahniah pengantin baru.. happy for both of you. Semoga terus kekal hingga ke Jannah.. Alhamdulillah Orang baik untuk orang yang baik.. “
” Sekali lafaz…. Alhamdulillah.. Tahniah semoga kekal bahagia hingga ke jannah aaminn2.. Selamat Pengantin Baru.. Yeah dah boleh sntuh2.. “
” Alhamdulilah.. may the chapter of life full of love.. Mcm x percaya.. pernah berdoa agar mereka disatukan..ini betul kan .. bukan mimpi.. “
” Kenapa dia tak cakap sah & kenapa aku yg nervous.. Alhamdulillah indahnya.. tahniah.. Amira senyummm lain macaiiammm.. “
” Alhamdulillah… tahniah pengantin baru.. happy for both of you. Semoga terus kekal hingga ke Jannah.. MasyAllah TabrAllah..semoga kekal hingga ke jannah.. “
” Alhamdulillah, syukur.. TAHNIAH Fattah skali lafaz je SAH Amira brgelar isteri awk.. Paduuu ler.. Alhamdulilah sahh tahniah kepada kedua mempelai.. “
” Alhamdulillah tahniah kepada anakanda Abdul Fattah dan Nadia Amira Othman. Semoga kekal bahagia till jannah. Aamiin.. “
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Fattah dan Amira untuk membina mahligai bahagia mereka. Semoga ikatan yang terjalin ini sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan rumahtangga yang aman damai dan berkekalan sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rotikaya, IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

