Artis / Selebriti
” Kemain confident pejam mata yer Sheikh. Maaf tergelak, haha.. ” – Netizen
Video Fakhrul UNIC, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki Dan Ustazah Sofizah Mousin Meneka Nama Penuh Surah Dalam Al-Quran. Part Sheikh Teka Tu Kelakar, Pertama Kali Tengok Sheikh Tak Serius, Mengekek Fakrul Dan Ustazah Sofizah Gelak, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik rancangan Tazkirah Malam Jumaat telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fakhrul UNIC, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki dan Ustaz Sofizah Mousin bermain satu permainan.
Menerusi video itu, ketiga-tiga mereka bermain meneka nama penuh surah-surah yang ada dalam Al-Quran. Diberikan beberapa perkataan sebagai klu, orang pertama yang menjawab soalan adalah Sheikh Abdul Karim dan Sheikh berjaya menjawabnya dengan tepat.
Seterusnya adalah Fakhrul dan Fakhrul juga berjaya menjawab dengan betul. Selepas itu, giliran Ustazah Sofizah dan seterusnya diulang oleh Sheikh Abdul Karim. Namun pada round ketiga, Sheikh Abdul Karim tidak berjaya menjawab dengan betul serta telatahnya mencuit hati penonton.

Manakan tidak, Sheikh Abdul Karim sempat berseloroh mengatakan surah tersebut dia mampu meneka sambil memejamkan mata. Sehingga kini, video tersebut menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Mengekek Fakhrul dan Ustazah Sofizah ketawa melihat gelagat Sheikh Abdul Karim.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat telatah Sheikh Abdul Karim. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kemain confident ha pejam mata yer Sheikh. Maaf tergelak, haha.. Syok pulak tgok content camni, hahaha dengan kiter2 sekali perah otak ingat tau.. “
” Sheikhhhh 1st time nampak sheikh tak serious.. Confident tu paling tak tahan, masyaAllah.. Suka lah content mcm ni. Kita pun nak try jawab skali.. “
” Hahahhaa sheikhh klako, ustaz fakhrul byk sgt main ni.. Ustazah sempoii hahahahaaha.. Mengekek dua2 orang tu yer bila Sheikh salah teka, hahahaha lawak2.. “
” Lawak juga Syeikh Abdul Karim ni mudah bergurau orangnya hahaaa.. Confident Sheikh pejam mata hehe.. Terbaik lah.. “
” Mantapppp.. Terbaik geng ngaji.. Loveeee content macam ni, kita yang biasa-biasa ni pun boleh ikut hafal.. “
” Macam mana tau.. Ustaz Fakhrul, hahaha lawak betul dengar dia tanya.. Banyak main betul ustaz Fakhrul ni.. “
” baru nk pejam ehh salah.. subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad.. Luculah haha.. “
Perkongsian yang sangat menarik, ramai warganet meminta agar video kuiz seperti ini dilakukan lagi kerana dalam masa yang sama mereka juga dapat belajar. Apa-apa pun semoga perkongsian tersebut dapat memberikan manfaat buat kita semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tazkirahmalamjumaat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

