Artis / Selebriti
” Keluar betul perangai kelakar dia sekarang ek. Memang aneh-aneh betul la Abang Long ni.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin tiba-tiba jadi ‘hantu’ ketika live tudung Ibu Azizah buat warganet terhibur. Amboi random betul Abang Long, siap dengan buat suara nak menghantui semua ye. Masuk air betul Abang Long ni, haha..
Semalam telah berlangsungnya sekali lagi live Fattah Amin bersama ibu dan adik-adik perempuannya. Tudung jenama Ibu Azizah terus menjadi rebutan dan ramai yang membeli tudung keluaran Fattah dan keluarganya ini. Setiap kali live, pasti semua koleksi yang dijual akan sold out.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cute08628, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fattah bersama adik-adiknya itu. Fattah seperti biasa begitu bertenaga dan bersemangat menjual dan menghiburkan warganet. Intan dan Angah juga kelihatan menerusi video ini.
Memandangkan ramai yang memasukkan item pilihan mereka ke chart, Fattah meminta agar semua yang belum membuat bayaran menyegerakan bayaran mereka. Sambil memegang sehelai tudung dan menutup kepalanya dengan tudung tersebut, Fattah membuat aksi yang tidak diduga.

Terkeluar perangai kelakar Fattah dan ianya mengundang ketawa warganet. Boleh pula Fattah menakut-nakutkan pembelinya, tergelak adik-adik Fattah melihat perangai Abang Long mereka yang semakin masuk air. Live yang meriah dan seronok ditonton.
Jom tonton video di bawah :
@cute08628
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia sedar tak dia artis hero no satu Malaysia ni.. lain mcm fattah skrang.. mybe inilah dia yg sbnar haha.. prangai sebenar akn keluar bila kita bsma org2 yg kita syg.. “
” Jangan aneh aneh Abang Long.. Nampak kebahagiaan tu.. masalahnya dia buat kite yg tersenyum-senyum.. “
” Amboi abg long,klau x ada kak long terus tak boleh nyanyi ya.. xde peneman katanya xboleh nyanyi lawak la abg long.. “
” Orang tengah dalam kebahagiaan boleh jadi aneh-aneh.. sukalah Fatah sekarang.. terbaik jadi diri sendiri.. “
” Dia nak buktikan dia paling kelakar, bukan Intan haha.. Mesti selalu aneh aneh dengan kak long, tu yang dia terbawa terus neyyyy.. “
” Hahahaha… Yang kuban² kan sis… Iskh3.. Biaqlah dia sis tgh gumbira angat² tu. Sekali dia x buat yg aneh² tu its ok.. “
” Ini namanya man lawak lawak serious serious nakal nakal gitu yg penting baik.. dia overdose vitamin HB.. “
” Keluar betul perangai kelakar dia sekarang ek haha.. memang aneh² betul la abglong ni.. ghisauuu.. dia review tudung camtu pun dah sold out.. “
” Nampk mcm abg long bnyk main2 dgn angah lah.. comel je tgk diaorang gaduh cmtu.. trlebih dos vitamin rasanya abg long ni.. “
Semakin hari semakin banyak terkeluar perangai aneh-aneh Abdul Fattah ini. Gembira warganet melihat Fattah yang semakin ceria dan bahagia dengan kehidupannya kini. Semoga rezeki Fattah dan keluarga sentiasa melimpah ruah dan dimakbulkan semua impian hidupnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shashima37
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


