Artis / Selebriti
” Kecantikan puteri Melayu. Cantik seperti ibunya, Azrinaz.. ” – Komen Netizen
Video Throwback Anak Azrinaz Mazhar Hakim, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Sedang Disiapkan. Alahai Cantiknya Puteri Ameerah Ni, Senyuman Tu Manis Sungguh. Komen Azrinaz Turut Raih Perhatian Ramai !!
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah merupakan anakanda kepada bekas selebriti TV, Azrinaz Mazhar Hakim. Ketika Istiadat Pertabalan Agong baru-baru ini, Puteri Ameerah turut bersama Sultan Brunei hadir ke ibu negara untuk menjayakan istiadat itu.
Menerusi akaun Instagram Nazlivingastyle, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Puteri Ameerah sedang disiapkan. Untuk istiadat pada hari itu, Puteri Ameerah mengenakan busana baju kurung moden berwarna hijau.
Wajah Puteri Ameerah yang cantik bertambah cantik hasil solekan Najeeb Azami. Senyuman Puteri Ameerah saling tak tumpah seperti bondanya. Malah ramai yang mengatakan Puteri Ameerah seperti Azrinaz ketika zaman remaja dahulu. Manis sungguh tuan Puteri Ameerah ini, lemah lembut dan sopan santun puteri raja kesayangan ramai ini.

Tidak perlu solekan yang tebal dan simple sahaja sudah berseri-seri wajah Puteri Ameerah. Perkongsian ini mendapat perhatian daripada warganet dan sehingga kini, lebih 44 ribu tanda suka telah pun direkodkan. Wah ramai nampaknya peminat Puteri Ameerah.
Jom tonton video di bawah :
Pelbagai respon diberikan oleh warganet setelah menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi . cantik macam ibu dia semoga keajaiban buat cik puan.. ”
” Princess, cara duduk pun tegak.. posture.. Cantik sangat sama seperti ibunya Azrinaz.. copy paste sangat ni.. ”
” Kecantikan puteri Melayu yang tiada tandingan.. ini yang dikatakan cantik pandang tak jemu.. ”
” Beautifully done for a really pretty lady. Well done.. macam anak patung, duduk pun tegak je dia.. manis pulak tu.. ”
” Cantiknya dia, macam Azrinaz masa remaja dulu je.. always stunning.. makeup simple pun dah berseri-seri.. ”
” Lawa betul.. muka sebijik mak dia.. tak puas mata memandang.. she got her mom’s eye.. so pretty.. ”
” SubhanAllah cantik macam mak dia.. simple tapi very elegant.. Cantik manis senyumannya tu, tak nampak sombong langsung.. ”
Azrinaz juga turut meninggalkan komen di posting ini dan ianya mendapat lebih 1000 tanda suka.

Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Puteri Ameerah mewarisi kecantikan Azrinaz. Semoga Puteri Ameerah sentiasa dalam lindungan Allah, menjadi anakanda yang solehah kepada ayahanda dan bonda serta berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nazlivingastyle, IG Azrinaz Mazhar Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar


