Artis / Selebriti
” Ke Nabil bagi chance kot.. ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin Kongsi Sesuatu Terjadi Kepadanya Selepas Berlumba Lari Dengan Nabil Ahmad. Alahai Kesiannya Fattah, Nasib Baik Boleh Menang. Tapi Humble Betul Fattah Cakap Nabil Yang Bagi Chance !!
Meninjau ke akaun Instagram Astro Gempak, perkongsian sebuah video Fattah Amin ketika ditemubual setelah selesai berlumba lari bersama Nabil Ahmad telah meraih perhatian ramai. Fattah telah berjaya mengalahkan Nabil dalam perlumbaan tersebut.
Fattah telah hadir ke konti Era semalam untuk mempromosikan Kempen Tabik Wira Kita. Dalam masa yang sama, Fattah telah menyahut cabaran untuk berlumba lari bersama Nabil Ahmad sejauh 2 kilometer dengan mengelilingi sekitar kawasan Astro.
Dapat dilihat Fattah masih lagi penat dan bercakap dalam keadaan tidak cukup nafas ketika ditemuramah. Fattah juga mengakui agak letih dan juga kakinya kejang selepas selesai berlari. Ini kerana Fattah tidak melakukan sesi warm up sebelum memulakan perlumbaan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 9 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada juga netizen yang menegur wajah Fattah yang nampak masih bersedih terutamanya pada bahagian matanya yang kelihatan bengkak.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” “Ke Nabil bagi chance kot!” Allahu, baiknya Fattah. Sangat merendah diri.. Come on la dia org pancak silat kot hahaha.. “
” So handsome.. We support u Fattah.. Raut wajah masih sedih. Bertabah lah bro. Cari pengganti orang yg sanggup terima kite seadanya.. “
” Saya sentiasa akan support fattah.. please berlakon banyak lagi drama & filem kitorang nak support.. sopan / humble Fattah.. “
” Humble..ckp Nabil kasi can.. Dh leh g gym dh tu .. Bengkak mata menangis.. Tengok fatah ternamPak Fatima.. Sibuk kan diri dengan perkara lain ya fattah.. “
” Habislaa selalu org tergila mangsa perceraian wanitaa ni lelaki jd kegilaan ramai standby fatah takut kerna serbu.. Stay Strong and Humble..Fattah.. “
” Lepas cerai… Fattah Amin jln terussssss. Rating naik beb.. Semoga Fattah terus tambah..Dlm dugaan hidup ini terus berdoa yg baik2.. “
” Tengok mata dia.. kesian.. bengkak.. Makin lama tengok makin handsome lerrr Fattah Amin ne.. Hidup harus diteruskan.. berlari lah selagi boleh.. “
Walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan diharap Fattah terus tabah dan bangkit semula dengan kehidupan yang lebih baik. Semoga Fattah Amin berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan terus melebarkan sayapnya dalam industri hiburan tanahair.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astrogempak, Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

