Connect with us

Artis / Selebriti

” Kau tak puas hati dengan aku, kau cakap je. Aku pun kalau tak puas hati, aku cakap dengan kau.. ” – Rahim

Video Rahim berkongsi pandangannya mengenai Jep Sepahtu. Dah bertahun bersama, Rahim cukup faham dengan perangai Jep. Part bergaduh tu, serius lah ada macam tu. Gelaran Rahim bagi untuk Jep tu memang tak sangka..

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inspirasi.my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Rahim diundang sebagai tetamu untuk siri podcast bersama Radin Era dan Pak Azad. Banyak yang dibualkan oleh mereka bertiga dalam podcast episod ini.

Menerusi video perkongsian ini, Radin bertanyakan kepada Rahim mengenai rakan sekerjanya, Jep Sepahtu. Umum mengetahui, Jep dan Rahim bukan sahaja rakan sekerja di konti Sinar FM tetapi juga mereka bergandingan untuk rancangan Sepahtu Reunion Live.

Seloroh Rahim, dia lebih banyak melihat Jep berbanding dengan isteri-isterinya. Bertahun mereka bersahabat, Rahim sangat memahami perangai dan diri Jep yang sebenar. Rahim memuji Jep adalah seorang pelawak yang genius dan mempunyai banyak idea dalam melawak.

Di sebalik gelak ketawa yang orang ramai saksikan antara Jep dan Rahim, mereka sebenarnya selalu bertengkar. Perbezaan pendapat dan perselisihan faham itu perkara biasa dan tiada istilah bergurau kasar kerana itu memang bahasa persahabatan mereka.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 600 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Rahim ni dia berjuang sama2 MLM.2013 dgn Sepahtu sampai juara. Dia bukan masuk terus naik belon panas. Kalau dia tak perform tak mungkin dia akan diterima join Sepahtu. Semoga Rahim akan jadi jambatan utk baikkan hubungan antara kawan2 yang dah terpisah.. “

” Boleh dengan sedap lain, adui member memang tak support langsung eh. lawak rahim ni, diam-diam halus je dia perli.. “

” Rahim penah bagitau kat sinar lepas balik kerja pun jep sibuk call dia nak borak2. stress rahim haha.. “

” Ini baru betul buat podcast, cerita tentang kebaikan org.. nanti Jep buat status,,dalam podcast banyak tokok tambah…hahaha…mane ade 1 kampung dgn Mawi…satu daerah je haha.. “

” Ayat last tu btui. tgk Rahim ngn jep mcm kurang ajaq sesama depa, padahal tu mmg perngai depa. aku sokong yg tu. aku ngn kwn, ngn suami aku cmtu. tp tula perngai kami.. “

” Aku respect jep sebab x cerita buruk tentang kengkawan walau dah x ngam paling suka jenis dia fokus kerja dan family..Benda dah berlalu move on je.. “

” ” Boleh Nyanyi , dgn sedap nyanyi lain ” mmg genius SI Jep tu… apa yg Jep ada bila berlawak mmg semulajadi.. Originality Tk PERLU Try Hard .itu dinamakan ANUGERAH !! Apapun,Rahim pun bagus.. “

” Bg aku jep ni lwk spontan… lawak yg direct takde pusing2… lawak spontan ni klu kite pandai, sampai skrg masih releven.. terbukti prgrm sepahtu msh berjln, bulan ni pn diorg dh record al puasa 2025.. “

Bukan sehari Rahim mengenali Jep tetapi sudah bertahun. Oleh kerana itu lah, mereka sangat rapat seperti adik beradaik dan masak dengan perangai masing-masing. Yang terlihat kasar di mata warganet itu biasa pada mereka kerana itu yang membuatkan hubungan persahabatan mereka semakin erat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inspirasi.my, Tiktok Inspirasi.my, IG Jep Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT