Artis / Selebriti
” Kau tak payah baca yang kutuk-kutuk aku, yang puji-puji aku je baca.. ” – Dato’ Seri Aliff Syukri
Video sesi live Dato’ Seri Aliff Syukri bersama anaknya, Baim buat ramai terhibur. Garang betul Dato’ Aliff, tak terkata dan redha je Baim dibuatnya. Part Baim baca komen-komen mengutuk Dato’ Aliff tu lawak, berdekah dibuatnya, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok Me Media, perkongsian sebuah video sesi live Dato’ Seri Aliff Syukri bersama anaknya bernama Baim telah membuatkan ramai terhibur. Dalam sesi live tersebut mereka sedang mempromosikan jam tangan.
Baim kelihatan terpinga-pinga ketika dalam sesi live itu sehingga Dato’ Seri Aliff hanya meminta Baim sekadar membacakan komen netizen. Dato’ Seri Aliff meminta Baim membacakan komen yang murni-murni sahaja dan jangan baca komen yang mengutuknya.
Namun lain pula jadinya kerana Baim seolah-olah mencari komen yang baik tetapi seperti tidak menjumpainya. Nampaknya Dato’ Seri Aliff sangat bersungguh-sungguh melatih anaknya untuk mewarisi perniagaannya dengan bersama-sama membuat live menjual produk.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Redha sahaja Baim kerana terpaksa melayan telatah bapanya. Tetapi Baim tetap menurut sahaja kehendak bapanya dengan baik.
Jom tonton video di bawah :
@me_media33 😂GARANGNYE – Dato Alif Syukri Suruh Bail BacaKomen😂 #terlajaklaris #tiktok #viral #gosip #malaysia #fyp
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Dia kalau dah pembuktian menggunakan air agak merisaukan ya…. auto teringat face mask tembus air.. “
” Msalah nye 100 komen 1 pon xde memuji.. mcmmne baim. nak bce. yg baim tu pon g baca komen mengundang.. “
” Untung ank2 datuk alif dpt belajar ilmu marketing free dgn bapanya.. Bagus cara datuk dedahkan ank2 dgn bisnes.. kita jgn selalu comment org saja.. “
” Igt senang ke nk jadi anak alip sukri muda2 dh kena kerah carik duit bagus dato, sampai masa ja terus ajar anak dia kerja.. “
” Kau baca yg puji puji aku je, baik be like: baik bah, serba… salah, masih kutuk Dia baca luahan hati dia jugk tu.. puas baim cari yg xde kutuk papa dia.. “
” Rasanya baem baca isi hati dia abah marah: garangnya baca:ya Allah stress yg kutuk2 aku xyah baca yg puji2 je cepat hahahahaah… “
” Hahahah..amayan dah graduate eh,turn baim plak ni. bagus dato dr awal ajar anak cari duit. tak mcm sorang tu asyik nak salahkan parent je tak bg duit nak belajar.. “
Boleh dikatakan anak-anak Dato Seri Aliff dan Datin Seri Shahida sememangnya didedahkan untuk membuat live untuk mempromosikan produk mereka. Kesemuanya dilatih untuk berniaga sejak dari kecil lagi bermula daripada anak sulung, Ammar Ahyan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Me Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

