Artis / Selebriti
” Katanya diet, Kak Long oh Kak Long.. ” – Raja Ilya
Video anak sulung Raja Ilya, Talita Love Garrett cakap sedang diet buat ramai terhibur. Cakap diet, tapi mulut ada makanan. Kat atas meja pun ada makanan juga. Lain macam Talita punya diet, hehe..
Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Raja Ilya, pasti mengetahui yang Ilya sering berkongsi video bersama anak-anaknya. Telatah anak sulung Raja Ilya, Talita Love Garrett sering menjadi perhatian ramai setiap kali videonya dimuatnaik. Kecomelan dan gelagat spontan Talita membuatkan ramai yang terhibur.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Raja Ilya, telah dikongsikan sebuah video baharu mengenai Talita. Video tersebut memaparkan Talita sedang menikmati makanan di meja makan. Seperti biasa, wajah dan reaksinya menarik perhatian ramai.
Apa yang lebih mencuri tumpuan ialah apabila Talita berkata bahawa dirinya kini sedang diet. Ayat itu diucapkan sambil dia makan dengan penuh selera. Situasi tersebut membuatkan ramai terhibur kerana percakapannya bercanggah dengan tindakannya.

Menerusi video itu, kedengaran juga suara Raja Ilya memerli Talita secara berseloroh dan menunjukkan makanan yang berada di hadapan Talita sambil ketawa kecil. Reaksi ibu dan anak itu turut mengundang tawa warganet yang menonton video tersebut.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memberikan emoji ketawa kerana begitu terhibur menonton telatah comel Talita tersebut.
” Budak2 skrg kecik2 dah tau diet, haha kita dulu main lantak je kan.. Talita suka buat lawak kan, hehe.. “
” Lame tak tengok dak chomey ni…Sekejap dh besar.. Ye ke diet tu… Cam tak caya je.. Hahahaha aacik kena ikut talita lah camni.. “
Alahai Talita, caka diet tetapi dalam mulut penuh pula dengan makanan. Mungkin Talita selalu tengok mommy diet, jadi dia pun mahu turut sama dan cuba diet bersama mommy. Gelagat spontan dan telatah comel Talita sememangnya mencuit hati serta membuatkan semua yang menonton terhibur.

Walaupun masih kecil, gelagat Talita mampu menghiburkan ramai dan menunjukkan sisi peribadi yang sangat sweet. Semoga Talita terus membesar dengan sihat dan kekal ceria selalu serta menjadi anak yang baik dan disayangi ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rajailya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen

