Connect with us

Artis / Selebriti

” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen

Video Amira Othman dan Fattah Amin sound haters yang mengutuk ketika mengikuti live mereka. Dah lama sangat Amira dan Fattah menahan sabar. Win sungguh lah ayat tu, rasakan haters semua.. 

Fattah Amin dan Amira Othman menjadi sasaran haters yang tidak menyukai mereka. Ianya lebih hebat setelah mereka sah sebagai suami isteri. Lebih menyedihkan, haters ini membuat kekacauan dengan meninggalkan komen negatif ketika Fattah dan Amira sedang live mencari rezeki.

Menerusi perkongsian di akaun Xtra.my, telah dikongsikan sedutan live terbaru Fattah dan Amira. Pasangan ini sedang sibuk menjual produk mereka dan mendapat banyak komen daripada viewers. Amira yang selalunya tidak kisah dengan kecaman kali ini bersuara kerana ingin tahu.

Soalan Amira berbunyi sekiranya haters tidak menyukai mereka, mengapa haters mengikuti sesi live mereka itu. Ianya agak mengganggu kerana komen-komen yang tidak wajar dilontarkan ketika orang sedang berjualan. Fattah juga turut bersuara mengenai hal tersebut.

Sabar setiap orang ada batasnya begitu juga dengan Amira dan Fattah. Segala-galanya yang Fattah dan Amira lakukan sentiasa ada salah di mata haters. Berkali-kali Fattah dan Amira berdiam diri, kali ini Fattah dan Amira akhirnya bersuara. ‘Tercedok’ semua haters mendengar ayat oleh Amira itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Lamaa dah rasanya FAttah dan Amira Othman tahan je nak respond. Tapi sekali sekala why not bersuara.. kadang kadang melampau sangat haters mengutuk.. “

” Sekali diorang bersuara baru betholl guyss.. kan dah kena sembur.. pdu mntap .. bgus skli kna jgk sound mcm ni… bkn selalu dia org nk lyan kn… ambik ko haters.. “

” Sy nmpk comel je ao jwb gitu… stiap mnusia ad limit ksbrnny,so dia ada hak utk ckp cmtu.. Aah betul.. klu xsuka xperlu tgk.. tpi skodeng gak.. bila ckp nyah marah pula.. “

” Betul tu x suka jangan tengok.. Mengaji Quran lebih baik dibulan puasa ni.. dapat pahala.. Time live smalam ade satu hater beruk ni cakap nak report live dorang. org tu nak cari rezki nak kasi nafkah kat fatimah kan kesian tengok fattah jahat betul hater ni.. “

” Yg komen buruk tu mmg busuk hati… nasib mira dan fattah tak mudah melenting.. banyak yg masok komen teruk sampai dalam kain pun diaorang komen . itu yg buat fattah explain.. “

” Padan muka haters kena sembur haha.. Betul sgt….. tak suka, xyah tengok. Scroll laju2….atau block mereka berdua je.. “

” Org tu nk berniaga penat+puasa lgi kau dtg komen buruk ckp macam2 mmg kena laa.. padan muka happy btul finally FAAO sembur dkt haters biasa diaorg ignore je… marah org sabar lagi menakutkan.. “

Sesekali Amira dan Fattah perlu bersuara supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk. Natijahnya, ianya boleh mengganggu emosi mereka juga dengan segala kecaman dan cacian yang melampaui batas. Semoga Fattah dan Amira sentiasa dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Xtra , Tiktok Xtra

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Elianto Skin Tint

Trending

Copyright © Berita Kopak