Artis / Selebriti
” Kalau sesiapa yang pernah dengar jawapan sebelum ini, dia faham la.. ” – Haris Ismail
Video Neelofa Dan Suaminya, Haris Ismail Menjawab Desas-Desus Yang Mengatakan Neelofa Sedang Hamil Anak Kedua. Ini Jawapan Jujur Lofa Dan PU Riz, Doa Yang Baik-Baik !!
Meninjau akaun Instagram Majalah Nona, telah dikongsikan video yang memaparkan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail di sebuah majlis sempena bakal mengerjakan umrah pada hari Khamis akan datang.
Kesempatan ini diambil oleh wartawan untuk bertanyakan kepada Neelofa dan Haris tentang des4s desus yang mengatakan Neelofa sedang hamil anak kedua mereka. Oleh kerana ramai yang melihat perubahan fizikal Neelofa terutamanya pada bahagian perutnya, jawapan dan pengesahan daripada pasangan ini dicari.
Kata Neelofa, sesuatu yang belum pasti eloknya tidak dihebahkan dan hanya diminta didoakan yang baik-baik untuk mereka. Seperti kehamilan pertamanya dahulu, Neelofa lebih selesa untuk berdiam diri dan katanya, jika nampak perutnya besar, maka iyer lah itu.

Tidak mengesahkan dan tidak juga menafikan, Haris dan Neelofa juga berterima kasih kerana ramai yang prihatin dengan mereka. Seronok melihat Neelofa dan Haris yang selalu tenang dalam menjawab segala pertanyaan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terbaik Haris dan Lofa. Moga dalam peliharaan Allah selalu.. “
” Alhamdulillah.. betul tu. Permulaan memang perlu dirahsiakan atau tak perlu hebahkan. Semoga yang baik2 untuk neelofa Dan suami. Aamiin.. “
Betul kata Neelofa, benda yang belum pasti seeloknya tidak dihebahkan dahulu dan itu pendiriannya yang tidak akan berubah sekalipun untuk kehamilan ke berapa pun. Sama seperti Bilal dahulu, tahu-tahu sudah bersalin.

Apa-apa pun, semoga yang terbaik untuk Neelofa dan Haris. Jika benar bagai dikata, didoakan kehamilan kali ini juga berjalan dengan lancar sehingga selamat melahirkan nanti. Jaga diri sepanjang mengerjakan umrah nanti okey.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Nona, IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada ke orang telefon adik ipar dia setiap hari, ‘hello, astaghfirullah, buat apa ni’.. ” – PU Riz

