Connect with us

Artis / Selebriti

” Kalau sedut macam tu, sampai raya Krismas pun tak siap dik, haha.. ” – Netizen

Video Anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah Makan Siput Sedut Buat Ramai Terhibur. Alamak Tiara, Kalau Macam Gitu Cara Sedut, Sampai Sudah Tak Siap Makan. Luar Jangkaan Betul Tiara Ni, Sampai Tepuk Kepala Achey Tengok, Haha !!

Saban hari, ada sahaja gelagat anak Achey, Tiara Zinnirah Nasir yang menggeletek hati warganet. Dek kerana perangainya yang suka membuat sesuatu di luar jangkaan, video telatah Tiara sentiasa dinanti-nantikan oleh para pengikut Achey dan Anne.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Anne Achey, telah dikongsikan satu dedikasi dan video sempena ulangtahun kelahiran Tiara. Hari ini genap lah usia Tiara yang ke 6 tahun dan Anne mendoakan agar Tiara menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.

Menerusi video yang dimuatnaik ini, Anne menunjukkan suasana ketika Anne dan Achey membawa Tiara keluar makan di sebuah restoran. Kelihatan menu yang terhidang di atas meja di hadapan Tiara adalah masakan siput sedut. Apa yang membuatkan warganet terhibur adalah cara Tiara makan siput sedut itu.

Bukan siput yang disedut oleh Tiara tetapi Tiara mengambil penyedut minuman dan menyedut kuah siput tersebut. Achey menegur Tiara dan menunjukkan cara makan siput yang betul. Bukan kuah sahaja yang disedut, Tiara juga menyedut nasi menggunakan penyedut minuman itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Anne ini telah pun meraih hampir 40 ribu tanda suka dan lebih 1000 komen daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hahaha tiara.. Betul dh lah tu sedut.. tpi bukan sedut kuah tiara oii.. sedut siputnya hahaha.. kecik-kecik dah kelakooo ni.. ”

” Aku dah penah cakap dah dekat video tiang gol dulu.. anak dia lagi kelakar dari bapak nye. pelapis Achey ni nti bila besau haha.. ”

” Aku ni kadang ada dtg hari murung aku, cepat2 aku tgk video2 si tiara ni. Sumpah hidup aku ceria. thanks tiara selalu buat aunty tersenyummmmm.. ”

” Itu ko sedut kuahnya tiara oi…. ingt apk ko dah kelakar,,tp ko lagi kelakar dr apk ko tiara., apasal kelakar sangat ni Tiara sayang.. ”

” Aku penat lah ngn anak achey ni, habis smua nak disedutnya haha. pastu muka cm xsalah. Geram aku lah.. sampai tepuk dahi dah bapaknya haha.. ”

” Tiara oh Tiara, nasib baik bapak kau takde rambut nak. Kalau ada memang botak lah haha.. Lawak dia random betul ek.. stress Achey haha.. ”

” Kalau sedut macam tu, sampai raya Kristmas pun tak siap dik haha.. Tiara ni random betul.. Bebetul buat hal la tiara ni.. Ingat lagi video tiara pakai gigi palsu tok dia. habis termuntah achey haha.. ”

Tak pernah tak lawak Tiara ini, ada sahaja perlakuannya yang di luar jangkaan. Sampai tepuk dahi juga si Achey melihat gaya makan Tiara itu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur melihat telatah Tiara.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Anne Achey, IG Achey

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT