Connect with us

Artis / Selebriti

” Kalau anak orang lain mengamuk dah ni, lagi-lagi budak remaja. Bagus Amayan ni, penyabar betul.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Aliff Syukri memotong rambut Ammar Ahyan ketika sedang live raih perhatian warganet. Terperanjat Ammar tengok rambut dah kena potong macam tu. Muka macam nak menangis tapi redha. Penyabar sungguh Amayan ni.. 

Keperibadian anak sulung Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ammar Ahyan dipuji oleh ramai warganet. Setiap kali live bersama abahnya, pasti ada sahaja usikan daripada Dato’ Aliff. Namun Ammar seorang anak yang baik dan memiliki adab sopan dan budi pekerti yang tinggi.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Moots_436, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Dato’ Aliff memotong rambut Ammar ketika mereka sedang live. Ammar pada awalnya kelihatan tenang sahaja. Reaksi wajah Ammar mula berubah ketika melihat rambutnya sudah dipotong oleh abahnya itu.

Mimik muka Ammar yang tercengang dan bulat mata itu mencuit hati warganet. Dato’ Aliff menegaskan Ammar perlu kelihatan kemas kerana ingin berjumpa Cik B dan Dato’ Seri Vida. Tambah Dato’ Aliff lagi, Ammar tidak perlu risau kerana Dato’ Aliff pernah bekerja di salon rambut.

Nampak mudah sahaja Dato’ Aliff memotong rambut Ammar itu. Gaya Dato’ Aliff seperti seorang barber yang profesional. Ammar pula terpaksa redha walaupun tidak sanggup rambutnya dipotong. Hasil akhir tu memang cantik rambut Ammar, sedap mata memandang.

Jom tonton video di bawah :

@moots_436

amayan gunting rambut #amayan #datoaliffsyukri #4u #fyp #tiktok

♬ original sound – S U F I – S U F I

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Kalau anak org lain mengamuk dah ni, lagi2 budak remaja. bagus amayan ni.. penyabar macam mamanya.. redha je apa abah buat. anak yg baik sungguh.. “

“Tercengang dia tibe kena gunting.. gitu je bapak dia tokek rambut ammar haha.. bdk tu nak nangisss daaa.. Kawan tu sabar sbb xmau jadi anak derhaka.. “

” Dato’ buat macam gunting daun ye.. baiknyer budak Amar Ahyan ni.. muka redha haha.. salute lah pada ammar, moga anak aku nanti sebaik ammar.. “

” Wei Ammar nk ngis dah wei. Klau aku dah melalak2 kt situ. Bapak dia mmg dulu kerja salon, kalau folow dr dulu, mmg bapak dia yg potong rambut dorg dr kecik.. “

” Bertabah lah Ammar, muka macam nak nangis dah tu.. jenuh oo.. beruntung dato’ aliff ada anak sebaik amayan ni.. “

” Umur 17 thn bdk mudah mmberontak tp amar sgt pnyabar. bulat mata ammar tengok rambut dia kena gunting.. lucu dua beranak ni.. “

” Bak kata mamanya papa ko mmg suka org kecam dia…. takpe ammayan tetap hensem tau anak soleh netizen.. “

” Besar btl kesabaran ammar.. klu ank bujang sy mmg dri pgi smpai esok muka masam klu gunting rambut mcm tu.. “

Betapa penyabar seorang bernama Ammar Ahyan ini. Walaupun ada perasaan sedih dan marah kerana rambutnya dipotong, tetap Ammar akhiri dengan ucapan terima kasih untuk abahnya itu. Handsome lah Ammar rambut pendek seperti ini, nampak lebih kemas dan rapi.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Moots_436 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

OLZZ White Kidney Bean Probiotic
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak