Artis / Selebriti
” Kalau aku dapat rumah macam ni tak keluar rumah dah rasanya.. ” – Komen Netizen
Video House Tour Rumah Pertama Janna Nick Raih Perhatian Ramai. Wah, Besar Dan Cantik Betul Rumah Janna. Rumah Idaman Ramai Ni, Memang Bertuah Siapa Yang Mampu Menyewa Rumah Janna Ni !!
Meninjau ke akaun Facebook Impiana, perkongsian sebuah video yang memaparkan house tour rumah pertama yang dibeli oleh Janna Nick telah meraih perhatian ramai. Tujuan Janna membuat house tour adalah untuk menyewakan rumah ini.
Rumah ini mempunyai empat buah bilik dan juga empat buah bilik air. Rumah ini juga lengkap dengan beberapa perabot seperti sofa, katil dan juga kabinet dapur. Suami Janna iaitu Dini Schatzmann telah menunjukkan setiap ruang yang ada di dalam rumah ini.
Rumah ini berkonsepkan dua tingkat yang mana pada ruangan atasnya mempunyai bilik dan juga ruang rehat. Apa yang menarik di ruang atas telah ditutupi dengan cermin agar asap dan bau masakan di dapur tidak masuk pada ruangan atas.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Rumah ini dilihat cukup selesa untuk didiami kerana setiap ruangan bermula daripada ruang tamu sehingga ke bilik tidur cukup luas sekali.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan rumah Janna. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Bagus janna beringat untuk beli Rumah. Besar wehh 3200 kaki persegi. Kita dulu duduk apartment kat Putrajaya 1100 kaki persegi pun dah rasa besar & luas.. “
” Semoga janna mendapat penyewa yang baik hati dan bertimbang rasa. Dapat jaga Rumah dengan baik. Wahhh.. best nya rumah mcm ni.. “
” Best nya lapang ja sejok mata memandang dan selesa.. Kemas, tidak serabut dgn byk perabut. Suka mcm ni..sedap Mata memandang.. “
” Janna nick dah buat investment awal2 bagus sangat.. Wow..cantik nya rumah Janna nick.. janna pandai buat harta.. “
” Ingat sebuah umah baru cantik di luar. Alhamdulillah rezeki dya Bli rumah dulu uk masa depan . moga penyewanya pandai menjaga rumah jannah dgn baik.. “
” Kalau aku dapat rumah camni tak keluar rumah dah rasa nya.. Cantik. Pernah view Armanee Terrace ni dulu. Memang luas. Puas hati. And well maintained juga.. “
” Semoga dikurnia kan Zuriat utk janna Dan suami .. lari lari budak kecil…main kejar kerjar.. Kot ada yang mampu nak sewa. boleh lah contact dia.. “
Cukup cantik dan luas rumah Janna. Agaknya berapakah harga sewaan untuk rumah sebesar ini. Semoga Janna Nick terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan untuk mencari penyewa yang baik dalam menjaga rumah Janna ini. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : FB Impiana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuhhh meremang dengar dia bawa lagu ni. Lain daripada yang lain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli

