Artis / Selebriti
” Kakak excited nak jumpa adik boy.. ” – Fizo Omar
Video reaksi anak-anak Fizo Omar ketika pertama kali bertemu adik baru mereka raih perhatian ramai. Alahai, comelnya kakak-kakak jumpa adik boy. Fazeera pun maintain cantik walaupun lepas bersalin..
Umum mengetahui yang pelakon Fizo Omar telah dikurniakan cahaya mata keempat yang merupakan cahaya mata lelaki. Isteri Fizo iaitu Fazeera Nazri telah melahirkan cahaya mata mereka secara normal di Andorra Hospital, Seri Kembangan, Selangor.
Fizo membawa dua orang cahaya matanya iaitu Wan Khaleeda dan Wan Humaira untuk melihat adik mereka. Seorang lagi cahaya mata Fizo iaitu Wan Maryam tiada kerana masih di sekolah. Menurut Fizo, anak-anaknya berasa teruja untuk melihat adik baru.
Selain itu, turut mencuri perhatian ialah penampilan Fazeera yang tetap maintain cantik walaupun baru sahaja melahirkan cahaya mata. Walaupun tanpa secalit solekan, wajah Fazeera tetap nampak berseri dan tidak pucat. Memang natural beauty.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dapat dilihat Khaleeda dan Humaira begitu gembira berjumpa dengan adik mereka. Pastinya si adik secomel kakak-kakaknya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah buat Fizo dan isteri. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Tahniah sahabat.. sekiannn dia terus naik carta paling atas! Daddy of 4.. Comelnya kakak mcm kembar dah .. Bestnye bau baby…bau syurga.. “
” Moment paling best bila dh keluar seketul dgn selamat.. Tahniah .. Tahniah daddy n slmt berpantang buat mami.semoga boy sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.. “
” Alhamdullilah & Congratulations dpt baby boy. cici ni mmg fizo lh.. tgok eyebrow dia sama.. tahniah fizo n faz.. Alhamdulillah semoga sentiasa dlm lindungan Allah.. “
” Yeayyy finally its a boy Alhamdulillah tahniah abe joe. Kelmarin tgk live tgk perut faz dah agak baby boy. Alhamdulillah.. congrats.. “
” Alhamdulillah tahniah. Jgn tutup kilang lg. Bagi ada sorang lg kawan baby boy.. Sonok abe jo dpt geng..tahniah . Comeiii betul madam faz .. “
” Alhamdulilah & tahniah ..So cute puteri2 nya .. Slmt berpantang Fazeera & welcome baby boy.. lepas bersalin pon lawooo.. “
” Yes, dpt jgk boy.. ffezyranesry dah leh rehat lama sket lepas ni.. Cuti dulu lah ye fizoomar, ke cukup dah? X sabar nk tgk fizo junior.. “
Kami di berita Kopak mengucapkan tahniah buat Fizo Omar dan Fazeera Nazri atas kurniaan cahaya mata lelaki. Semoga Fazeera dan bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat berpantang. Jaga diri dan jaga kesihatan. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai catwalk, next top model is coming.. ” – Komen Netizen

