Artis / Selebriti
” Kak Lina main minta je, macam order teh ais je dia buat. Memang huru hara lah backstage, haha.. ” – Komen Netizen
Video keadaan huru hara pemuzik di backstage Big Stage Alpha yang penonton tidak nampak di kaca TV buat ramai terhibur. Fuh mahu tak kelam kabut, Kak Lina pakai order je lagu. Walaupun kalut, namun tetap steady Chaan dan Leman Band..
Chaan dan Leman Band sangat sinonim dengan program realiti Big Stage. Kehebatan mereka bermain muzik dan mengiringi semua peserta Big Stage disukai ramai penonton setia rancangan ini. Untuk Big Stage Alpha musim ini juga, khidmat Chaan dan Leman Band masih diteruskan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Pennbasschannel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana sebenar yang terjadi di belakang pentas ketika Big Stage Alpha berlangsung. Ini adalah moment yang tidak penonton dapat melihatnya di kaca TV.
Setiap kali hostnya, Elly Mazelin atau Kak Lina dan Rina Nose menyebut nama Chaan, pasti debaran akan dirasai oleh mereka. Manakan tidak, Kak Lina selalu meminta iringan muzik secara mengejut dan tiba-tiba sehinggakan terjadi keadaan huru hara sesama ahli Leman Band.

Kelakar juga menonton bagaimana cuaknya Chaan dan Leman Band. Ada yang tersalah key, ada pula yang volume alat muziknya tidak kedengaran. Pelbagai kejadian lucu yang terjadi, namun Chaan dan Leman Band sangat profesional menjalankan tugas mereka.
Jom tonton video di bawah :
@pennbasschannel HURU HARA BACKSTAGE yg tak masuk TV @chaan_tiktok @emypakokgitar @fahrulmirzad @danialafifguitar
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dorang ni patut dapat bayaran tinggi.. semua on the spot mintak.. pishang bila ade gimmic mengejut… mc main mintak jer. kelam kabut yg belakang. memang huru hara lah backstage hahha.. “
” Kalau geng chaan aku nakk gaji tinggi . Kalut sungguh …. Hahahaha.. Macam order teh ais je dia buat. Mujur power2 dorang ni.. “
” Diorg suka test ii .. pening team band nk main petik. musicians are geniuses. apabila kak lina ckp “Chaan 3 4. . .” semua kena sedia lagu apa.. “
” Korang mmg hebat la… wpun kelam kabut… terbaik weehhh. Semput ye kalau kak lina kepom naik stage.. mau tak cuak pakai mintak je.. “
” Sah dekat belakang huru hara.. diorang main order je.. tp kacang la kalau geng chaan.. salah beduk pun sedap hahaha.. “
” Well done by the way, korang memang professional… Dalam kucar kacir pun tetap steady masing-masing.. nasib baik band dekat belakang, penonton tak nampak.. “
” Awal awal tak ingat lagu, dah hujung ingat laju, tak naik volume pulak haha.. baru aku tau selama ni di belakang pentas , gini rupenya.. “
Macam-macam insiden di belakang pentas tetapi Leman Band memang pandai mengawal keadaan. Walaupun key salah, tidak menjadi masalah kerana tetap sedap di telinga penonton. Minggu depan entah apa pula kekalutan yang bakal terjadi di belakang pentas. Apa-apa pun, terbaik lah Chaan dan Leman Band.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Pennbasschannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

