Artis / Selebriti
” Jujur aku sedih dengar apa Bella cakap. Tulus hati dia mendoakan YB.. ” – Komen Netizen

Doa Bella Astillah untuk YB Syed Saddiq buat ramai tersentuh. Ikhlas daripada hati, semoga Allah angkat semua doa Bella untuk ‘abang’ tersayang. Yang part hati tu, memang deep betul ayat Bella..
Bella Astillah kini berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah. Rezeki Bella dan adiknya, Didi Astillah kerana mendapat seruan Ilahi untuk berada di tanah suci pada 10 malam terakhir Ramadhan yang dikejar-kejar oleh semua orang.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Syaheera.s, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella mengucapkan sesuatu untuk YB Syed Saddiq. Bella memberitahu, dia dan Didi akan mengerjakan umrah esok dan terlalu banyak yang ingin didoakan.
Bella mengatakan dia semestinya akan mendoakan untuk YB Syed Saddiq agar kes yang sedang dijalani akan selesai dengan cepat dan beroleh kemenangan. Tambah Bella lagi, dia kasihan pada YB Syed Saddiq kerana terlalu lama teman istimewanya itu menanggung segala keperitan.
Bella turut membaca mutiara kata yang pernah dituturkan oleh YB Syed Saddiq sebelum ini. Kata-kata mengenai hati itu sungguh mendalam maksudnya. Tidak kira bila dan di mana, apabila hati sudah berada di tempat yang betul, hati tahu apa yang dimahukan.
Jom tonton video di bawah :
@syaheera.s Semoga dipermudahkan perjalanan umrah Bella dan Didi harini. Semoga setiap doa yg dipanjatkan dikabulkan oleh Allah amin 🥹🤲🏼 Doakan kami jugak Bella 🫶🏻🥰 #bellaastillah #syedsaddiq #teambass #bass #fyp #fypツ
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Nak nangis lah, comel sangat.. she’s openly talking about him now. jgn usik2 LG guys.. kita support mereka dgn matang jg spt mereka.. “
” Dah tk sorok, cuma tk declare.. tp kita tgk pn fhm dah.. netizen just sit & relax.. aminnnn. berkat doa semua ,utamanya doa bella moga segalanya dipermudahkan untuk yb.. “
” Tulus hati dia mendoakan bakal suami selesai urusannya. Bagus la Bella ni.. Tahun ni rezeki Bella menitip bahagia, dan dia cuba mahu YB jadi sebahagiannya.. “
” Jujur aku sedih …. moga Allah jaga mereka semoga ada jodoh buat mereka berdua… Allah permudahkanlah urusan mereka aamiin.. “
” Weii sedih pulk dengr apa bella ckp .. semoga Allah akn membuka jln yg terbaik.. semoga ALLAH makbulkan segala doa bella buat YB..semoga cpt2 bella jadi bidadari syurga buat YB.. “
” Aduhh.. sedih betul… banyak betul dugaan dorg.. kak yg sedih.. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk BASS.. kalian berdua di uji dengan banyak perkara.dan Allah pertemukan kalian berdua untuk menberi kekuatan sstu sama lain..bahagia untuk kamu berdua.. “
” Sedih pulak dengar kata-kata Bella. Moga Allah angkat doa bella untuk tersayang. semoga dipermudkn urusan ybss dan Bella.. “
Harapan Bella dan doanya untuk kelancaran urusan YB Syed Saddiq yang tulus ikhlas daripada hati. Semoga kebenaran akan tertegak dan YB Syed Saddiq mendapat keputusan yang terbaik. Sama-sama kita panjatkan doa agar semua urusan Bella dan YB Syed Saddiq berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syaheera.s
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Sumpah nangis dengar pesanan akhir Nurly untuk Lily. Sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral5 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ayat tu dulu buat aku senyum. Hari ini, ayat itulah yang buat aku menangis.. ” – Tunang Nur Ainul Qistina
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Anak saya baru saja menghembuskan nafas terakhir.. ” – Rahmad Mega
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Viral4 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff