Artis / Selebriti
” Jatuh hati lah dengan perangai Hisyam ni. Penyayang dia tu buat cair.. ” – Komen Netizen

Video Hisyam Hamid melayani pelakon cilik, Baby Luqman dan Luqman ‘besar’ raih perhatian ramai. Alahai dalam drama bukan main benci, dekat set rupa-rupanya kamcing dengan dua-dua Luqman. Manja sungguh Luqman dengan Papa Haikal..
Selain peneraju utama drama Andai Tiada Dia, pelakon cilik yang turut berlakon dalam drama itu menjadi perhatian. Watak Luqman ketika bayi dan ketika kanak-kanak menarik perhatian warganet. Semua geram melihat kecomelan kedua-dua versi Luqman itu.
Meninjau entry di akaun Instagram Hisyam Hamid, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Hisyam melayani baby Luqman dan Luqman yang sudah besar. Baby Luqman yang chubby dan comel itu kelihatan selesa apabila bersama Hisyam.
Hisyam memang pandai melayani baby Luqman. Mungkin kerana Hisyam juga seorang ayah dan memahami cara untuk membuatkan baby Luqman selesa ketika berada di set. Berkepit sahaja Hisyam dan baby Luqman. Dalam drama bukan main benci pada baby Luqman tetapi realitinya terlebih sayang.
Layanan Hisyam untuk Luqman yang sudah besar juga seronok dilihat. Pelakon cilik itu juga kelihatan akrab dan selesa dengan Hisyam. Melihat kelakuan Hisyam itu, semakin ramai lah yang meminati dan mengimpikan Hisyam sebagai suami. Dia punya penyayang itu boleh membuatkan ramai wanita cair melihatnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comelnya.. dalam drama x suka macam mimi lana juga. Tapi luar shooting luqman banyak ngan hisyam hamid dan mimi lana dok melayan.. “
” Hisyam hamid memang suka kids, dulu masa shooting dgn ank sedara Emma Maembong pun dia yg mengasuh.. “
” Dlm drama haikal yg xsuka, lama2 loveeeeee luqman….tp luar set hisyam paling geram dgn baby lukman.. “
” Uncle hisyamhamid yg always suka budak, appreciate kids talent yg berlakon dengan dia.. tak sombong and baik.. “
” So father figure.. ni bukan Haikal, ni Hisyam.. seorang yang penyayang.. Dalam hati ada taman.. kena kerja keras ni, ada papa Hisyam untuk dihalalkan haha.. “
” Luqman kecil comel , luqman besar Sama comel geram pulak tgk muka pun MCM NK sama.. jatuh hati lah dengan perangai hisyam ni, penyayang dia tu buat cair.. “
” Heppp jangan buli Luqman.. pipi gebu tembam macam tu, siapa yang tak geram.. suka tengok cara Hisyam melayan budak-budak. bapa yang penyayang.. “
Manja sangat Luqman dengan papa Hisyamnya itu. Hisyam pun rajin melayan baik Luqman baby mahu pun Luqman ‘besar’. Bapa yang penuh dengan kasih sayang Hisyam ini. Apa-apa pun, pastinya Hisyam akan merindui kedua-dua Luqman kesayangannya itu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hisyam Hamid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen