Artis / Selebriti
” Jarang-jarang berlaku ye pengantin lelaki buatkan bunga tangan.. ” – Komen Netizen

Video Fattah Amin membuat dekorasi bunga tangan buat isteri tercinta, Amira Othman untuk Majlis Pernikahan mereka raih perhatian ramai. Wah, berseni juga tangan Fattah ni. Patutlah Amira tak mahu lepas bunga tangan masa majlis hari tu..
Meninjau ke akaun Tiktok Haaziq Design, perkongsian sebuah video yang memaparkan Fattah Amin cuba membuat bunga tangan buat isteri tercinta, Amira Othman untuk majlis pernikahan mereka tempoh hari telah meraih perhatian ramai.
Dapat dilihat Fattah sendiri yang mencadangkan jenis bunga dan rekaan bunga tangan untuk Amira. Malah Fattah sendiri yang menyusun serta mendeko bunga tersebut supaya dalam keadaan cantik dan menarik. Tak sangka Fattah seorang yang berseni orangnya.
Jarang sekali kita melihat pengantin lelaki sendiri yang cuba mengubah bunga tangan untuk pengantin perempuannya. Selalunya segalanya diserahkan kepada designer atau pun wedding planner. Tindakan Fattah ini tersangatlah sweet.
Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bunga tangan tersebut cukup sesuai apabila digayakan oleh Amira ketika hari pernikahan yang berlangsung tempoh hari.
Jom tonton video di bawah :
@haaziqdesigns 💙🤍@Fattah Amin
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Ehh2 lebih kurang bunga tangan saya la..bunga lily, cuma tambah white baby breath. Fattah Amin sanggup belajar buat bunga dengan haaziq.. “
” Malam tadi tengok bunga tu cantik sangat, kitorang duk puji2 la cantiknya siapa yang buat tu. power la.. Arghhhhhh. Kenapa cute sgt ni .. “
” Tgk vtt bunga sambung blushing lagi… Hahaha.. sweet.. Cantik sedap mata memandang . Simple but meaningful .. “
” Jarang2 berlaku ye pengantin lelaki buatkan bunga tangan.. yang single ni buat sendiri jelah hmmmmmm.. such a beautiful flower, good job haziq and fattah.. “
” Kalau suami aku tak sweet mcm ni nanti memang aku return balik dia dekat mak dia.. ni kalau ernie tau ni, mau dia merajuk kat syamel mintak sama jugak.. “
” Ni aku geram ngan fattah amin ni…nanti kami kaum laki tak pasal2 kena p kedai bunga.. ambik lah bumi nie sampai bunga pun dy yang buatkan .. “
” patutlah Amira x nak lpaskan bunga tu..rupanya imamnya yg gubah khas utk makmumnya..MasyaAllah moga kekal ke jannah.. Aamiin.. “
Ia bukan sekadar simbol kasih sayang, malah memperlihatkan sisi kreatif dan romantis Fattah yang jarang dipertontonkan. Peminat turut memuji keikhlasannya yang sanggup meluangkan masa menyiapkan sendiri gubahan itu. Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : TT Haaziqdesign
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen