Connect with us

Artis / Selebriti

” Itulah ayat keramat untuk anak-anak ye. Nak sedih part tu tapi tu la lupa yang dia Dato’, haha.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Dato’ Aliff Syukri ketika melihat anaknya, Yusoff Al-Qardawi mencari candy di kabinet dapur buat warganet terhibur. Alahai lembut je Dato’ larang awal-awal tu. Sekali kena jerkah, melompat turun si Yusoff. Alasan Dato’ pada Yusoff tu win, hehe.. 

Dato’ Aliff Syukri sememangnya dikenali sebagai seorang yang garang dan tegas apabila berkaitan dengan anak-anak. Cara didikan Dato’ Aliff juga dipuji ramai kerana walaupun sudah bergelar jutawan, namun Dato’ Aliff tidak memewahkan anak-anaknya begitu sahaja.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Paparlaris Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak Dato’ Aliff yang bernama Yusoff Al-Qardawi ketika berada di dapur. Yusoff yang lasak dan banyak akalnya ini memanjat kabinet dapur untuk mencari candy.

Pada awalnya, Dato’ Aliff cuma melarang dengan lembut dan mengatakan ‘no‘ sahaja kepada Yusoff. Sambil memujuk Yusoff, Dato’ Aliff mengatakan Yusoff seorang anak yang baik dan tidak boleh membuat perangai sebegitu. Ketika Yusoff membuka salah satu pintu kabinet dan menjumpai apa yang dicari, terus bergema suara jeritan Dato’ Aliff.

Dato’ Aliff terus memujuk Yusoff dan mengatakan dirinya masih belum mendapat gaji lagi dan sekiranya sudah dibayar gaji, pasti akan dibeli lagi candy yang Yusoff mahukan. Alasan Dato’ Aliff itu mencuit hati warganet dan dalam masa yang sama membuatkan warganet kagum dengan Dato’ Aliff.

Jom tonton video di bawah :

@papalarisofficial

Bila anak lelaki nak candy. Tapi panjat cari sendiri 😂 Cco sungguh berani. Sampai candy disorokkan pun tetap jumpa 😂 #i

♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Itulah ayat keramat utk anak2 ya.. Gaji abah kau ni setiap jam masuk tau. X baik tipu kata abah x gaji lagi.. merajuk dah si usop haha.. “

” Dato bukan main slow je no tu, rupa-rupanya plot twist. Abah belum gaji tu, sama macam kita-kita jugak ayat dato ni.. kalau baem dan kena marah dah ni.. mujur lah CCO.. “

” Biasa la CCO mne kisah gaji ke blom. sebab tu dato kena lembut sikit nak bagi dia paham.. nak sedih part tu tapi tu la lupa yg dia dato .. hehe.. “

” Lahaii abah ko tak gaji lagi.. kalau aku yg cakap abah x gaji lagi boleh la terima.. setaraf alif Shukri alasan tak gaji lagi hehehe. comel la.. “

” Haha kalau abah dia yang dulu kita yang seram . selamat tak kena lepuk.. memula abah ckp lembut je, sekali anaknya jumpa jajan kena jerkah terus dengan kita terperanjat sekali.. “

” Kelakar lah papa ni tak gaji lagi.. Ni kalau cess yang panjat aku rase satu rumah bergegar haha.. bila abah dia tinggi kan sora taw tacot yer ucop.. tak berani melawan abah dia… good boy.. “

” Cara dia didik anak2 mcm kita hat bawah2 ni… abah x gaji lagi.. even gaji dia setiap minit.. bagus dato ni.. wahh dato ek. ank2 yg dlu kemain garang lg.. dpt ank yg kecik2 ni “no no ” je eh.. “

Terhibur warganet melihat telatah Yusoff yang merajuk gara-gara papa tidak memberinya makan candy. Ayat abah belum gaji itu sememangnya ayat ‘keramat’ yang para bapa biasa gunakan. Bagus didikan Dato’ Aliff dalam lembut ada ketegasan, anak-anak diajar supaya berdisiplin. CCO dah merajuk, kena pujuk lah tu Papa, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Papalarisofficial  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

OLZZ White Kidney Bean Probiotic
SHEGLAM Blush

Trending

Copyright © Berita Kopak