Artis / Selebriti
” Instinct mak tak pernah salah. Yeayy tahniah Tya.. ” – Komen Netizen
Video baby gender reveal Tya Ariffin raih perhatian warganet. Arif Jiwa nak baby girl, Azzahra Jiwa pula mahu baby boy. Comel je reaksi masing-masing bila tahu jantina baby. Muka Arif dengan Ara tu memang surprise sungguh..
Tya Arifin mengumumkan berita kehamilan cahayamata ketiganya beberapa bulan yang lalu. Menghitung hari untuk bersalin, Tya turut membuat video baby gender reveal untuk tontonan warganet. Untuk rekod, Tya dan Asyraf Khalid telah pun dikurniakan dengan 2 orang cahayamata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Meninjau entry di akaun Instagram Tya Arifin, telah dikongsikan video Tya, Asyraf, Arif dan Azzahra bersama-sama membuat baby gender reveal. Setiap anak pasti ada pilihan mereka untuk memilih mahukan adik lelaki ataupun adik perempuan begitu juga Arif dan Azzahra.
Arif memilih untuk bersama Tya iaitu geng baby girl. Manakala Azzahra pula geng bersama Asyraf yang inginkan baby boy. Ketika ditanyakan oleh Tya mengapa inginkan adik perempuan, Arif mengatakan dia suka adik perempuan kerana comel.

Kelihatan sebiji kek berwarna putih diletakkan di hadapan mereka. Dengan menggunakan 2 biji gelas, Tya dan Asyraf menengkupnya ke atas kek untuk melihat warna isi dalam kek itu. Jika isi dalam kek berwarna merah jambu ianya menandakan bayi perempuan dan jika berwarna biru ianya menandakan bayi lelaki.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Okay boleh geng.. 1 boy 2 girls .. congrats guyssss.. Baby girl or boy doesn’t matter, as long as both baby and mummy healthy.. “
” Instinct mak tak pernah salah.. yeayyy… i teka girl. semoga dipermudahkan segala urusannya Tya.. “
” MashaAllah Ara is so cuteeee.. its okay kakak Ara, baby girl on the wayy and you can make a very beautiful and good team with the new baby girl hehe.. “
” Wah is girl.. kak happy have adik.. Ara face mcm frust “hbislah aku ada lawan pasni”hahha.. alhamdulillah semoga dipermudahkan semua urusan tya.. “
” Syukur alhamdulillah, baby girl again. Kakak Ara ada kawan geng main lah nanti.. abang pendiam, adik periang.. “
” Yeah Guess it right BTW first time eh girl prefer adik boy normally the prefer girl.. “
” Teringat video Arif masa kecil cakap dia nak ada adik banyak.. Alhamdulillah masya Allah sihat dan semoga lancar segala urusan tya untuk bersalin.. “

Seronoklah Arif impiannya untuk ada adik perempuan lagi akan dimakbulkan Allah. Tentu bertambah meriah rumah apabila adik baby dilahirkan nanti. Azzahra jangan sedih-sedih, dapat baby girl ada teman untuk bermain. Apa-apa pun, tahniah Tya dan semoga segala urusan Tya untuk melahirkan nanti berjalan dengan lancar.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tya Arifin, Youtube Channel The Tya’s Family
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

