Connect with us

Viral

” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli

Perkongsian Puan Marhamah Rosli bertemu dan berkongsi cerita bersama ibu Zara Qairina usai solat Subuh pagi tadi. Allah angkat darjat Zara sehingga jenazahnya berbau wangi dan masih utuh. Kata-kata ibu Zara itu paling menyentuh hati..

Proses penggalian semula kubur Zara Qairina berjalan dengan lancar petang semalam. Jenazah Zara telah pun dibawa ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dan post mortem atau bedah siasat diadakan tengahari tadi setelah pakar forensik yang dilantik dari Serdang tiba di hospital.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook Marhamah Rosli, telah dikongsikan sekeping gambar yang menunjukkan keranda yang menempatkan jenazah Zara. Marhamah sempat meluangkan masa bersama ibu Zara selepas mereka sama-sama menunaikan solat Subuh pagi tadi.

Banyak yang mereka kongsikan mengenai suka duka dan perjuangan Justice For Zara dari hari pertama sehingga sekarang. Allah menunjukkan kekuasaannya apabila jenazah Zara masih tetap utuh sekali pun sudah lebih 3 minggu dikebumikan dan ianya satu keajaiban kepada semua.

Ibu Zara juga berkongsi sifat baik Zara yang selalu menjaga solat 5 waktunya. Tidak hanya solat diri sendiri, Zara juga menasihati agar rakan-rakannya juga tidak meninggalkan solat. Kerana azamnya untuk menjadi insan yang baik membuatkan dia menyertai BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) di sekolah.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Maasya Allah. Moga Allah permudahkan tegaknya sebuah keadilan. Pedih dada dengan ucapan salam emak zara.. “

” Sangat menyentuh perasaan ucapan salam ibu zara untuk anaknya itu.. tanda ibunya org yg beriman… Kerana tenang adalah ciri² org beriman… Tidak beralaskan emosi.. “

” Sedih baca ayat pertama ibu zara,. bila melihat jasad anaknya buat kali ke2.Semoga ada keadilan utk arwah zara.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. JusticeForZara.. “

” AllahuAkbar.. ” Assalamualaikum Zara, kita bertemu lagi”.. Kata-kata ibu Zara waktu melihat semula wajah anaknya. Semoga ibu Zara, Ustazah dan seluruh team JusticeForZara kekal kuat dan sihat.. “

” Sedih,terharu.. tak tau perasaan saat baca tulisan ustazah.. Semoga ada keadilan buat adek zara.. dan segalanya dipermudahkan.. “

” Ibu dia juga hebat.. MasyaaAllah….. Tabahnya mnjadi seorang ibu zara…. Semoga syurga buat kalian semua. Nantikan kami di Syurga Zara Qairina. Doakan kami juga dpt kesana.. Aminnn.. “

” Allahuakbar Al-fatihah. Semoga dipermudahkan segala urusan ibu zara & team & sentiasa didalam lindungan Allah.. aamiin aamiin aamiin. JusticeForZara.. “

Ucapan salam ibu Zara yang menyentuh hati warganet. Betapa redhanya seorang ibu dengan takdir yang sudah tertulis walaupun dalam masa yang sama hatinya sangat-sangat merindu anak tersayang. Semoga keputusan post mortem hari ini akan berpihak kepada Zara dan keadilan untuk Zara dapat ditegakkan.

Silakan SHARE..

Sumber : FB Marhamah Rosli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Moon By Aliff Syukri
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak