Connect with us

Artis / Selebriti

” Ini orang kata saling memerlukan, setia menunggu dan menjaga. Act of service sampai ke stage ye YB.. “- Komen Netizen

Video telatah YB Syed Saddiq ketika menemani Bella Astillah membuat persembahan di Konsert Holografik Glenn Fredly curi perhatian ramai. Greenflag sungguh lah YB Saddiq ni, setia menemani Bella, dah macam PA Bella pula. Part photoshoot tu dah macam pre wedding, sweet sangat.. 

Kemesraan antara penyanyi Bella Astillah dan ahli Parlimen Muar, YB Syeq Saddiq bukan lagi rahsia. Banyak masa diluangkan bersama apatah lagi mereka banyak digandingkan sebagai duta produk. YB Saddiq juga banyak menemani Bella sekiranya Bella ada persembahan yang perlu dihadirinya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Basscontent, Tiktok Budak Tadika dan Bitter Coffee, telah dikongsikan moment menarik ketika Bella membuat persembahan di Konsert Holografik Glenn Fredly. Bella tidak keseorangan kerana YB Saddiq juga turut menemaninya sehingga selesai.

YB Saddiq yang mengenakan baju Melayu putih menjaga Bella dengan baik seperti seorang PA kepada Bella. Gelagat YB Saddiq mengintai Bella yang sedang menyanyi dari balik tirai belakang pentas membuatkan warganet tersentuh. YB Saddiq menunjukkan rasa sayangnya kepada Bella melalui perbuatan dan bukan lah dengan kata-kata di hadapan umum.

Persembahan Bella juga memukau penonton yang hadir. Suara Bella semakin hari semakin lunak dan merdu. Selepas selesai membuat persembahan, Bella dan YB Saddiq saling memberi pujian. Betapa kuatnya sokongan mereka antara satu sama lain. Bella pasti rasa lebih selamat dan berkeyakinan dengan adanya YB Saddiq di sisi.

Jom tonton video di bawah :

@budak.tadika

Friends that support each other✨😉 🤝🏻 #fypシ゚viral #fyp #xyzabc

♬ original sound – Budak Tadika – Budak Tadika

@nizaaa.abil_

Aww YB shuffle depan Buah hati dia lah 😝🤍✨ @Syed Saddiq @Bella Astillah #MuarSabah #bellasyedyes #bellaastillah #syedsaddiq #couple #BASS #trending #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #foryou #fypシ Credit aintnocrybry

♬ original sound – Niza abil 🤎🍂🎻🪞 – Niza abil 🤎🍂🎻🪞

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Nampak bertaapa circle BASS sgt supportive positive vibes nye.. dgn hat tu lgsg x bertukau baju Dr event siang nye.. duk sentiasa di sisi.. ini org kata saling memerlukan setia menunggu & menjaga… kita sama2 doakan utk depa ok.. doa yg baik2 cakap yg baik2 insyaallah Allah permudah sgl urusan mereka.. “

” Lahhh yb follow jugak buah hati kesayangan rupanya.. adus kenapa Rasa lovebirds nie x boleh dah dipisahkan.. “

” Akhirnya sedondon BASS.. act of service smp ke stage ye YB.. bahagia, gembira utk mrk. jiwa kami kacau dah ni.. tp, dlm masa sama, rasa sebak sgt. moga bahagia terus milik mrk. rasa mcm dah x lama sgt dah ni.. “

” Bella kuat atas sokongan keluarga… besties… and Waibee trsyg… pro and kon membuatkan dia bangkit tinggal kesakitan… BASS 4ever.. “

” Dah macam photoshoot pra perkahwinan.. Yb sedondon dgn yayank… tanda support org tersayang.. nth knp, tiap kali nmpk yb tgok bella dr celah tirai pentas,sy rasa tharu rasa sedih.. “

” Susah betul jumpa lelaki MCM YB yg support Bella MCM ni. padahal yb bole je beli tiket n dok kt seat dpn pentas… setia btl dia dok celah tirai.. “

” YB suka mengendap.. Sweet sgt weh, ak suke betul dgn yb ni, mmg green flag btl. Love his effort. Always support each other’s back.. “

” Masing2 appreciate each other. nth knp, tiap kali nmpk yb tgok bella dr celah tirai pentas,sy rasa tharu rasa sedih. susah betul jumpa lelaki MCM YB yg support Bella MCM ni.. “

Bella dan YB Saddiq saling menyokong antara satu sama lain dan menjadikan mereka saling melengkapi. Beruntung Bella ada YB Saddiq yang selalu setia di sisi begitu juga Bella setia dalam susah senang YB Saddiq. Semoga yang baik-baik untuk kalian berdua, jika ada jodoh pasti tidak akan ke mana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Basscontent, Tiktok Budaktadika

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
Bohemian Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak