Artis / Selebriti
” Ini kalau tengok ke bini aku mamp0s kena gelak, haha.. ” – Dato’ Red
Video Dato’ Red Menyanyi Lagu Raya Ketika Live Buat Warganet Terhibur. Eh Eh Lagu Raya Proton Dulu-Dulu Yang Dato’ Red Ingat. Lirik Pun Dia Main Bantai Je. Lawak Juga Dato’ Red Ni. Memang Confirm Adira Gelak Tengok. Haha !!
Selangkah demi selangkah, Dato’ Red kini sedang bangkit dari masa lalu dan berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Tidak hanya sebagai model Jakel, Dato’ Red juga dengan bantuan Abang Tesla dan pemilik Oli Collection kini mempunyai jenama biskutnya sendiri.
Meninjau akaun Tiktok Chiqolala, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Dato’ Red semalam. Dato’ Red membuat live di Muar untuk mempromosikan produknya itu. Sambutan yang diberikan oleh warganet sangat memberangsangkan dan lebih 2000 balang biskut terjual.

Klik gambar untuk info..
Seperti biasa, sewaktu live Dato’ Red akan melayani permintaan dan pertanyaan daripada followers. Antara yang diminta oleh salah seorang follower semalam adalah ingin mendengar Dato’ Red menyanyikan salah satu lagu raya yang diingatinya.

Sebanyak-banyak lagu raya yang ada, cuma 1 yang melekat di kepala Dato’ Red iaitu lagu raya Proton. Lagu ini adalah lagu iklan syarikat Proton dan yang membesar di zaman 90an pasti tahu. Tidak mengingati lirik sebenar, Dato’ Red menyanyi mengikut liriknya sendiri. Sempat Dato’ Red berseloroh mengatakan pasti isterinya akan ketawa melihat dia menyanyi begini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@chiqolala #datored #abgred #affiliatemarketing #fypシ゚viral #KongsiBersama
♬ original sound – Chiqolala Online Shop – Chiqolala Online Shop
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 200 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Gelak Adira dengar Dato’ Red menyanyi macam ni. Menyumbang betul haha. makin lama makin nampak lucu dato’ red ni.. ”
” Masalah nya dia bantai lagu proton.. orang pun tak terpikir lagu tu weh haha.. dengan kita sama tergelak dengar dato red nyanyi haha.. ”
” Lepas ni ramai Dato-dato jual kuih sebab cepat laku.. Alhamdulillah.. Kalau dah rezeki dan Allah berkehendak, buat apa pun boleh laku.. ”
” Best dato’ red dengan adira, dua-dua kelakar.. patutlah adira lucu yerr.. Lagu dia tu pun lirik bantai haha.. ”

Klik gambar untuk info..
Sisi lain Dato’ Red yang tak siapa sangka, muka selalu serius tetapi pelawak juga rupanya. Komen warganet lagi, memang sesuai lah Adira dengan Dato’ Red. Kedua-duanya sama-sama lawak dan suka membuat kelakar. Walaupun Dato’ Red tidak pandai menyanyi, tetapi tetap memenuhi permintaan pengikutnya.

Apa-apa pun, usaha Dato’ Red mencari rezeki ini dipuji ramai kerana kesungguhannya itu. Tidak mustahil Dato’ Red boleh menjadi usahawan yang berjaya selepas ini. Apa-apa pun, semoga segala urusan Dato’ Red dipermudahkan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Chiqolala
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice

