Artis / Selebriti
” Ini dinamakan rezeki, alhamdulillah.. ” – Netizen

Video Dan Gambar-Gambar Percutian Khas Hanis Zalikha, Hairul Azreen Dan Anak-Anak Menaiki Pesawat Peribadi Tan Sri Vincent Tan. Wah Untung Betul Lah Family Hanis Ni. Bukan Semua Orang Dapat Peluang Macam Ni !!
Percutian Hairul Azreen sekeluarga ke Pulau Redang tahun lalu menaiki helikopter daripada ibu kota ke Terengganu pastinya masih diingati peminat. Lain daripada yang lain, lebih menarik apabila Hairul berjumpa dengan jutawan, Tan Sri Vincent Tan di sana dan dipelawa menaiki cruise mewahnya.
Pembukaan tahun 2022, sekali lagi keluarga ini mendapat peluang keemasan apabila mendapat jemputan khas daripada Tan Sri Vincent. Meninjau akaun Instagram Hanis Zalikha, video mereka sekeluarga bersama Tan Sri Vincent dimuatnaik.
Coret Hanis di kapsyennya, mereka sama sekali tidak menjangkakan bakal mendapat peluang sebegini. Percutian impian dan melebihi imaginasi itu yang dapat dikatakan oleh usahawan jelita ini dan segalanya adalah rezeki anak-anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Dapat merasai pengalaman menaiki pesawat peribadi milik Tan Sri Vincent, peminat juga turut sama teruja menonton video Hanis ini. Yusuf dan Alisa juga nampak seronok dengan percutian mereka kali ini, bertuah sungguh anak-anak ini.
Jom tonton video di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian oleh Hanis ini telah menarik perhatian peminat dan sehingga kini telahpun mendapat hampir 160 ribu likes. Antara komen-komen peminat :
” How lovely and lucky, favourite family ni. Nak ikut dapat jadi PA free pun tak apa hehe. Best tengok and Hanis look amazing.. “
” Woohoo so much fun, the chosen ones. Lucky betul tapi memang layak la diorang dapat sebab Hanis dan Hairul ni jenis humble je. Love ter0k.. “
” Alhamdulillah rezeki orang baik-baik, bagus abang Yusuf sayang adik. Memang another level dah ni Hairul family.. “
” Alhamdulillah rezeki anak-anak, bestnya. Mantap ahh Keknis dengan Abang Rul. Always another level.. “
” You are so lucky, alhamdulillah bestnya. Happy holiday keknis dan family. Comel betul la dua ketul Yusuf dan Alisa tu.. “
” Bestnya rezeki keknis sekeluarga, sukanya tengok tumpang gembira dan bahagia sama. Memang rezeki anak-anak sungguh.. “
” Ini dinamakan rezeki, alhamdulillah. Rezeki tak pernah salah alamat, tiada siapa boleh kata kalau Allah nak beri.. “
Betullah kata orang, kalau sudah rezeki tak akan ke mana. Rezeki datang berg0lek untuk keluarga bahagia ini. Selamat bercuti Hanis sekeluarga dan semoga sentiasa dalam lindungan Allah dan semua perancangan berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hanis Zalikha, Hairul Azreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen