Connect with us

Artis / Selebriti

” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen

Video Zahiril Adzim membuat trend joget lagu Aisha Retno,  Jodoh Lebaran raih perhatian ramai. Lain macam betul Zahiril punya trend ni. Memang boleh buat orang geram, haha..

Meninjau ke akaun Tiktok Zahiril Adzim, perkongsian sebuah video yang memaparkan Zahiril cuba membuat video trend joget lagu raya Aisha Retno, Jodoh Lebaran telah meraih perhatian ramai. Pastinya ramai tidak sabar melihat Zahiril menari dengan penuh lenggok.

Namun sebaliknya yang berlaku apabila Zahiril telah membuat ramai terasa menguji kesabaran. Dari awal video sehingga akhir, Zahiril hanya mengundur sahaja sehingga ke penghujung. Sampai ke sudah Zahiril tidak membuka joget Jodoh Lebaran.

Ada yang menganggap tindakan Zahiril itu sebagai satu bentuk ‘troll’ yang menjadi, malah tidak kurang juga yang mengaku geram kerana menunggu joget sebenar yang tidak kunjung tiba. Namun begitu, ramai juga terhibur dengan idea kreatif dan bersahaja yang ditampilkan olehnya.

Trend Jodoh Lebaran yang sedang hangat di media sosial kebiasaannya memaparkan tarian yang ceria dan penuh gaya, namun Zahiril tampil berbeza dengan konsep yang cukup ringkas tetapi ‘menjadi’. Keberanian untuk keluar daripada kebiasaan itu nyata berjaya menarik perhatian ramai dan membuatkan video tersebut cepat tular.

Jom tonton video di bawah :

@zahiriladzim

Masa yang sesuai.

♬ Jodoh Lebaran – Pre Chorus – Aisha Retno

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Tunggu tak start start pun. ini bukan jodoh lebaran, tp menguji kesabaran.. Kenapa video challenge kali ni saya jadi baran eh.. “

” Dgr kata. Masih undur lagi tu. Sampai mana dah gamaknya tu, boleh jauh lagi tu xcukup jauh lagi.. punya lama aq tgu dia mnari.. “

” Bang, ko mengundur pun aku dh xsedap hati dh bang, kau ni nak kemana sebenarnya eiii aku karang, xpe bang take your time.. “

” Tggu ketua berzapin skli makin jauh zapinnya pergi back to future agknye.. berapa lama saya kena tunggu ni. yg heqan tunggu sampai video nk tgk jodoh nye.. “

” Lah ingtkn undur bw istri ank kuar,lastnya aku yg ulng bnyk kli. ramadan da abes..kau menguji bang…menguji sgt niii.. “

” Dahlah kena bangun awal sbb tunggu tetamu nak datang, satu hal nak kena tunggu dia mengundur pulakk. Seghabuk.. “

” Ssaja stay dkt sejam video ni msih undur ek.. Eeiii… aku pun tgk ja sampai kau ke hujung tu bang… Igt nak buka tarian td .. “

Walaupun hanya sekadar berjalan mengundur tanpa sebarang langkah tarian, video itu tetap berjaya mencuri perhatian dan mencetuskan perbualan dalam kalangan netizen. Inilah bukti bahawa tidak semua trend perlu diikuti secara tipikal, sebaliknya kreativiti dan elemen kejutan juga mampu memberikan impak yang besar.

Silakan SHARE..

Sumber :Tiktok Zahiril Adzim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Elianto Skin Tint

Trending

Copyright © Berita Kopak