Artis / Selebriti
” Ingatkan lag tadi, rupanya bertentangan mata. Lama betul tatapan mata tu.. ” – Komen Netizen
Spontan terpaku ketika live, video YB Syed Saddiq dan Bella Astillah bertentangan mata raih perhatian ramai. Eh ingatkan lag. Ini betul-betul romantik, yang tengok pula yang blushing, hehe..
Hubungan istimewa antara YB Syed Saddiq dan Bella Astillah menjadi perhatian warganet. Saban hari keakraban pasangan ini semakin ketara dan ramai yang mendoakan agar mereka berdua ada jodoh bersama. Ramai yang ternanti-nantikan YB Saddiq dan Bella live bersama untuk melihat gelagat pasangan sensasi ini.
Meninjau entry di akaun Tiktok Scha, telah dikongsikan satu video yang memaparkan antara moment sweet Bella dan YB Saddiq ketika live mempromosikan produk Dolcea semalam. Bella ada menyebut mengenai sesi Meet and Great pelanggan Dolcea bersama mereka berdua.
Ramai viewers yang menonton live ini meminta Bella untuk menyanyikan lagu permintaan mereka nanti. Bella berjanji dia akan menyanyi dan tidak menghampakan semua. YB Saddiq pula tiba-tiba bertanyakan tiadakah lagu untuk dirinya. Tambah YB lagi, untuk warganet semuanya boleh.

Pandangan mata YB Saddiq dan Bella bertentangan dan live itu seakan terhenti seketika. Disangkakan live tersebut mengalami gangguan tetapi rupa-rupanya pasangan ini yang terkaku menatap antara satu sama lain. Sweet sungguh live kali ini, YB Saddiq semakin terbuka merenung Bella sejak ada ‘mata’ baru.
Jom tonton video di bawah :
@scha…..a ada YB..ada dihati bella.. #bellaastillah #syedsaddiq #BASS TTL dolcea X BASS
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini setakat artikel ini ditulis. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Seminit mereka bertentangan mata serasa bagai setahun kami Di penjara.. sejak2 mata da jelas dpt tgk ayang dia,cakap xde cover2 ek yb skrg.. Biasherr dia hehe.. “
” Igtkan lag td..rupe2 ye bertentangan mata tu.. ini betul betul tersekat di skala 6 haha.. bella gerakkan bibir baru tahu itu bukan lag.. “
” Boleh pulak dorang stuck saling menatap haha.. ingatkan lag tadi.. cameraman ok ke? atau masing2 pun sama lag jugak tertenung member2 sebelah haha.. “
” Lepas dr bpndangan tu nmpk sgt bella…. jantung berdegup laju kot hehe. YB tu malu tapi mahu … lama betul tatapan tu..
” Yb pun majuk.. tak nyanyi untuk dia. Bila berpandangan begitu.. Jantung saya macam stop tengok dorg 2 ni…. Aduhaiiii.. “
” YB tenung mata Bella . lama dan tajam .. rasa nya sampai tembus dlm hati tu . semakin mendalam cinta mereka.. dengan kita sekali ikut lag haha.. “
” Btul2 sy ingat lag td. blh pulak diorang main lawan tenung mata ye.. Diorg dgn dunia diorg ja pdhal depan rmaiii.. arggghh kawin la baaaa.. “
Ramai rupa-rupanya yang menyangka siaran langsung pasangan ini lag semalam dek kerana kedua-dua tidak bergerak, ini betul-betul romantis. YB Saddiq punya renungan mata boleh menembus terus ke hati Bella. Tersenyum sipu sama peminat BASS melihat aksi spontan mereka itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Scha, Tiktok Amirahibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy harap sampai tua nanti anak-anak akan tetap buat macam ni dengan Mummy dan Daddy.. ” – Watie


