Artis / Selebriti
” Ingat dah habis mengekek sebab moisturizer bapak besar, sekali part last lagi lawak. Haha.. ” – Komen Netizen
Video iklan lakonan Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz buat warganet terhibur. Ekspresi muka Mirul buat ramai berdekah. Part last tu memang terpaling lawak. Adui Mirul, macam tu pun boleh ye, haha..
Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz sering membuat video bersama. Ain seorang yang ceria dan banyak mulut. Berbeza dengan Mirul yang lebih pendiam dan sering kelihatan blur dalam kebanyakan video perkongsian mereka. Dek kerana karakter Mirul itu membuatkan ramai yang menyukainya.
Meninjau entry di akaun Instagram Ain Edruce, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pasangan ini berlakon untuk iklan produk kecantikan, Nuuha Beauty. Lokasi lakonannya cukup mudah, cuma berada di dalam kereta dan bermula lah sketsa antara Mirul dan Ain.
Mirul tidak memerlukan skrip yang banyak kerana ekspresi wajahnya sahaja sudah mampu membuatkan warganet ketawa. Ditambah pula dengan celoteh Ain, ramai yang terhibur menonton video ini. Lakonan Mirul menggeletek hati warganet dan mengundang ketawa ramai.

Pada awal video, lakonan Mirul lebih kepada reaksi wajah tetapi di hujung video, Mirul perlu membaca satu skrip yang agak panjang. Apa yang mencuit hati ramai adalah Mirul benar-benar membaca skrip dan ianya kelihatan seperti sedang menjalani ujian lisan Bahasa Melayu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ehh si amirul ni .. bagus bacaan tu.. jangan nampak sangat baca skrip last tu mirul.. nampak mata tu ke kanan kiri baca dialog.. “
” Hahaa. Kan. Ni tak sempat hafal skrip.. baca je la mcm org baca berita lak.. adui la mirul.. lawak betul.. “
” Berdekah aku ketawa. ingt da habis mengekek sbb moistrzer bapok besau skli part last lagi lawak hahahahahah.. “
” Letih lah aku dengan Mirul ni. panjang sangat nak hafal, baca jela.. Aku kalau jadi Cikgu, dia ni aku letak markah cukup2 makan je. Dah letak markah lebih, takut guru besar buang aku pulak.. “
” Baca skrip dekat skrin ke tu Mirul haha.. Ending memang lawak lah.. tak sangka aku tengok sampai habis haha.. “
” Depan dah ok, yang last awat gitu Mirul haha.. Tetibaaa aku rasa macam aku masuk kelas untuk amik exam lisan bahasa melayu pulak . Okkkk mirul lulus mirulllllll band 6. Teruskan.. “
” Aduh part last tu tak boleh cover betul Mirul ni.. part baca skrip tu actually nampak mcm sengaja je ek…nak bg mirul nampak lebih in character & kelakar. korang mmg content partner terpaling eh every year.. “
” Hahahhaha geram nya baca skrip. Tone kena betulkan sikit mirul.. Sakitla perut aku gelak adoiiii amirul.. “
Mirul dan blurnya berpisah tiada, part last memang jelas dan ternyata betul Mirul baca skrip. Intonasi pun ‘ke laut’, Mirul memang ada lawak semulajadi. Entah macam mana lah Ain boleh menahan gelak melihat telatah kelakar suaminya itu. Apa-apa pun, percubaan yang baik daripada Mirul dan cuba lagi untuk lain-lain iklan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ain Edruce
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar


