Artis / Selebriti
” Ingat anak aku je. Ok la anak Dato Aliff pun macam ni. Lega sikit hati, haha.. ” – Komen Netizen
Datin Shahida kongsi video dua anaknya, Raudhah dan Yusoff sedang belajar mengaji mencuit hati ramai. Part Raudhah, baik dan sopan je. Sampai part Yusoff, memang menguji kesabaran Ustazah yang mengajar. Adui lah Yusoff, hehe..
Bagi yang gemar mengikuti Datin Shahida, pasti mengetahui bahawa Datin Shahida sering berkongsi video mengenai telatah anak-anaknya di media sosial. Perkongsian tersebut bukan sahaja merakam moment keluarga, malah turut menghiburkan para pengikut yang sentiasa menantikan video gelagat anak-anaknya.
Antara yang paling mencuri perhatian ialah anak keempat Datin Shahida, Yusoff Al Qardawi. Setiap kali video berkaitan Yusoff dimuatnaik, pasti ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati dan membuatkan ramai terhibur. Sikapnya yang bersahaja dan spontan menjadi tarikan utama warganet.
Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Shahida, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah Yusoff bersama adiknya, Raudhah ketika sedang belajar mengaji. Pada awal video, kelihatan Raudhah mengaji dengan penuh sopan serta mematuhi setiap ajaran yang disampaikan oleh ustazah.

Namun begitu, suasana sedikit berbeza apabila tiba giliran Yusoff. Dia kelihatan kurang bersemangat dan mengantuk sehingga perbuatannya itu ditegur oleh ustazah. Gelagat Yusoff tersebut secara tidak langsung mencuit hati penonton yang menontonnya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ingat anak aku je. Ok la anak Dato Aliff pun macam ni. Lega sikit hati, haha.. Yusoff memang kelakarkan kalau buat perangai.. “
” Ya Allah, sabarnya ustazah ni hehe.. Betul2 menguji ustazah yer kau Yusoff… Moga membesar jadi anak yang soleh yer nak.. “
” Betul sgt ni Datin, nti dh besar didik anak perempuan pulak susah.. InsyaAllah semoga semua anak2 kita jadi anak2 yang soleh dan solehah.. “
” Ank sy pun sama je.. Yg pompuan elok je, yg lelaki siap menguap berkali2 tu blm kjp2 nk toilet la, nk minum air la, hehemencabar ye.. “
” Betul lah . Anak2 lelaki mcm begitu lah seumur dengan Yusoff. Ustazah kena banyak bersabar dengan Yusoff, haha.. “
” Ya Allah ustazah kuat nya imann, dan teruskan iman yang ustazahhhhh, hahahaa… Kalau sy mahu naik tekanan darah.. “
” Dia kna letak cess ja sblh mesti segar mata.. Baru dia tahu langitu tu tinggi ke rendah, hahahaa.. Mesti mata Yusof terang smpi hbis ngaji.. “
Datin Shahida menerusi ruangan kapsyen turut meluahkan perasaan mengenai telatah Yusoff yang sering menguji kesabarannya. Seperti yang pernah diceritakan oleh Datin Shahida menerusi live di Tiktok sebelum ini, Yusoff seorang yang hyper aktif dan ada ADHD. Disebabkan itu Yusoff kurang fokus dan tidak boleh duduk diam.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

