Artis / Selebriti
” Ibu ni kan biarlah Afwa dengan sebutan dia sendiri tu, cute lah.. ” – Komen Netizen
Video ucapan selamat tahun baru daripada anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa buat ramai geram. Alahai, comel betul sebutan Afwa tu bunyi pelat-pelat, hehe..
Begitu pantas masa berlalu, tanpa kita sedari kini sudah pun memasuki tahun 2025. Meninjau ke unofficial account Instagram anak kepada penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa, posting terbaru mengenai Afwa telah meraih perhatian ramai.
Sebuah video Afwa dengan ucapan selamat tahun baru telah dimuatnaik. Afwa yang memakai baju sejuk tebal dan bertopi berada di luar negara sedang bercuti bersama ibu dan bapanya. Gelagat Afwa dengan ucapannya sangat comel sekali.
Afwa mengikut apa yang disebut oleh ibunya, walaupun sebutan Afwa agak pelat. Apabila Afwa tersilap menyebut satu perkataan, Dato’ Seri Siti meminta Afwa menyebut sekali lagi dengan betul. Kali ini wajah Afwa sangat manis dengan senyuman.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Untuk info, Afwa merupakan anak kedua Dato’ Seri Siti bersama Dato’ Seri Khalid Muhammad Jiwa. Kini Afwa sudah berusia 3 tahun.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat kecomelan Afwa. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Ah,Dato Siti dikurniakan dua cahaya mata yg cute dan cerdik. Haiii Hepy nyuw nyehh intan payong. Dafwa gemoy ganteng sehat selalu.. “
” Salam 1 Rejab buat Muhd Afwa yg shomeyyy intan payung ibuuu. Geram tau ngn budak debab ni.. Bijak Afwa Soo cutes.ya dari Nyaii Mah .. “
” Mcm ehsan intan payung la.. ololor nomey nomey.. Selamat Tahun Baharu Afwa anak solleh Intan Payung Mama Siti.. “
” Allah pipi … masyaallah afwa …nk tarik picit pipi tu bolh? Comel nya intan payung..muka bulat. mcm Abg Arif dia la… “
” Nak peluk skjp bole tak si comel nih… geram tul nenek tgk awak .. Ibu Sayang Intan Payung… Omeynya Afwa ..hepi new year Afwa.. “
” Haha comelnya Afwa. Gerammmm tgk. HNY Afwa .. gigi afwa ctklah auntie syg awak. Afwa comel intan payung. gigit pipi tu.. “
” Selamat Tahun Baru Afwa. Happy nyewwnyearr.. Ibu ni kannn hahahaha biarla Afwa dgn sebutan dia sndr tu cute laaaaa.. “
Comel sungguh Afwa dengan pipinya yang bulat dan labuh. Afwa banyak mewarisi wajah ibunya dan berkulit putih melepak. Semoga Afwa membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik serta berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Muhdafwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

