Viral
” Ia adalah andaian awal yang boleh menjejaskan usaha memberi keadilan kepada arwah dan keluarga.. ” – Mona Din

Perkongsian Mona Din kesimpulan mengenai saksi pertama inkues Zara Qairina, Pakar Patologi Forensik raih perhatian warganet. Menurutnya, banyak yang tidak logik dan tak terjangkau dek akal dan satu andaian yang tidak berasas..
Inkues kes kematian arwah Zara Qairina dimulai sejak semalam dan saksi pertama yang dipanggil adalah pakar Patologi Forensik, Dr Jessie Hiu. Banyak pendedahan oleh Dr Jessie direkodkan, antaranya kecederaan yang kelihatan pada badan Zara. Dr Jessie juga menolak kemungkian yang Zara ditolak atau terjatuh tanpa sengaja.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook Mona Din, telah dikongsikan satu coretan yang agak panjang mengenai isu itu. Kata Mona, dia membaca semua keterangan doktor pakar dari semua media massa. Apa yang hendak dipersoalkan adalah mengenai punca utama kematian Zara.
Keterangan saksi pertama cuma menceritakan hasil postmortem dan kecederaan Zara tetapi bukan punca kenapa jatuh. Agak memeranjatkan apabila saksi mengandaikan Zara memanjat tembok dan railing. Menurut Mona, agak mustahil palang tembok konkrit koridor asrama yang berketinggian 118cm boleh dipanjat dengan mudah seorang diri.
Ketinggian zara hanya 154cm dan ianya sesuatu yang sukar untuk Zara panjat tanpa bantuan apa-apa. Satu demi satu persoalan timbul, apa mungkin Zara ingin menyelamatkan diri dari pembuli atau mungkin Zara dikepung oleh pembuli sehingga menyebabkan Zara terpaksa memanjat tembok.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Secara umum, sangat tidak logik seseorang yang dalam keadaan tidak bermaya (contoh: lemah akibat cedera, takut melampau, tidak sedar penuh, atau baru dipukul) mampu memanjat palang setinggi dada.. “
” For me 100% not suicide, seorang Muslim will deny that tuduhan 100%.. Banyak tanda² yg kita tahu bukan bunuh diri. Salah satu nya jenazah Allahyarham tak berubah, masih seperti dia di kafan kan kira² 3 minggu selepas di gali.. “
” Ya setuju sgt… Anak2 kita seusia 13 ni… Terutama perempuan tak akan senekad itu utk terjun.. Kerana tiada keberanian.. Nak ambil brg di tempat tinggi pun masih memanggil mak utk dibantu.. “
” Kalau betullah jatuh drpd ting-3 spt naratif yg digembar gemburkan arwah pasti tidak akan koma.. mmg bederai berhamburan darah dan on the spot meninggal… sebab tempat yg dikatakan jatuh ada sedikit konkrit dn pastinya keras yg ble mberi impak kuat.. “
” Pendapat peribadi sy, jatuh drpd ting-3 itu adalah tidak logik.. sbb ting-3 itu terlalu tinggi, melebihi 10meter. Utk seseorg itu hidup benyawa selepas terjatuh drpd ketinggian itu mmg tdk masuk akal.. “
” Apa2 pn alasan yg blaku pada malam tu, sangat tak bole terima d mana murid2 yg lain, d mana warden2, d mana semua org? Tak mungkin tiada seorang pun dengar atau tgk apa yg blaku.. tak mungkin arwah tidak keluarkan suara minta tolong, menangis menjerit kesakitan.. “
” Saya pun rasa hal ini masih belum jelas. Keterangan pakar cuma tunjuk corak kecederaan, bukan punca arwah jatuh. Masih banyak persoalan yang perlu dijawab, jadi belum wajar dianggap bun0h diri. Semoga inkues ini bongkar kebenaran demi keadilan untuk arwah.. “
Ini baru saksi pertama dan masih ada berpuluh-puluh orang lagi saksi yang akan dipanggil untuk inkues ini. Semoga kebenaran akan terbuka satu demi satu dan perjuangan semua untuk Zara berjaya. Sama-sama kita doakan moga Allah hantarkan pertolongannya menentang kejahataan dan fitnah.
Silakan SHARE..
Sumber : FB Mona Din, Portal Berita Harian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Guru sekolah sendiri menyebarkan spekulasi. Sungguh saya sedih mendengarnya.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Last-last bantai juga joget, terkejut cikgu. Ami lagi terkejut.. ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Padan muka haters, pandai-pandai cakap YB muak. Ambik kamu, dengar jawapan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Siapa cakap suara Thalita tak sedap, meremang oii. Part kepala dengan muncung bibir tu sebijik Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Selalu Nabil yang suka menyakat Tok Ram. Kali ni, Tok Ram pula menyakat anak Nabil, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Comel Aafiyah malu-malu. Afwa tu macam mana boleh behave ye, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amad buat macam lagu sendiri dah. Sempoi dan selamba jer dia tarik suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia cakap nak duduk je, tapi berdekah satu auditorium ketawa, haha.. ” – Komen Netizen