Artis / Selebriti
” Honestly plan untuk MV ini berlaku dalam masa 1 minggu sahaja. We wanted to feature Fattah Amin.. ” – Aina Abdul
Aina Abdul kongsi video behind the scenes Music Video Jadi Ajar Aku raih perhatian peminat. Wah kali pertama Aina mengarah MV sendiri. Rupa-rupanya ada sebab kenapa Aina pilih Fattah Amin sebagai special appearance..
Semalam telah dilancarkan music video Aina Abdul untuk lagu terbarunya berjudul Jadi Ajar Aku. Sejak dimuatnaik di Youtube Channel Aina Abdul, MV tersebut telah pun merekodkan 6o ribu tontonan dalam masa kurang 24 jam. Ia pencapaian yang sangat baik untuk Aina.
Jalan cerita MV ini simple dan ramai yang memberikan komen mereka mengharapkan MV yang berat jalan ceritanya sesuai dengan penampilan khas Fattah Amin untuk MV itu. Menerusi perkongsian terbaru Aina di akaun Instagramnya, telah dikongsikan sedikit behind the scenes pembikinan MV itu.
Kata Aina, ini kali pertama dia dapat memandu laju seperti itu untuk MV sendiri. Memandangkan ini MV arahan pertama Aina, Aina mendapat bantuan daripada Syukur Aslam. Untuk makluman, perancangan untuk MV ini berlaku hanya dalam masa 1 minggu sahaja.

Kekangan waktu dan jadual yang padat, MV ini diselesaikan dalam masa yang singkat. Aina turut menerangkan, sebagai penulis lirik lagu ini, dia tidak memahukan visual yang terlalu berat dan mahu MV ini simple dan mudah untuk difahami. Lokasi, pemilihan warna dan props, semuanya ada simboliknya tersendiri. Rupa-rupanya ibu Aina yang mencadangkan Fattah Amin sebagai special appearance.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Love bulu ayam kat sanggul tu hihihi.. adakah ia pon memberi maksud sesuatu jugak.. jenuh ek bulu ayam kt sanggul pun ada makna.. “
” Baru perasan seat tu tak de penyandar kepala.. Tahniah Tuan Director untuk MV “Jadi Ajar Aku” .. “
” SubhanAllah indah nya ciptaan Allah.. She dah tambah skill, now dah tuan director. Aina so prettyyyyy. Congrats Aina abdul entertainment team.. “
” Ros ungu diibaratkan mengungkapkan rasa terpesona atau jatuh cinta pada pandangan pertama.. “
” Tahniah aina dan team. superb.. dah tengok banyak kali.. good job ma queen.. Pasal aku tersenyum melirik tgk aina dgn fattah.. “
” She multi-talented.. Dah tengok mv dekat utube.. tahniah lagu ni memang sedap dan lirik yang sangat letopan.. “
” Semoga sentiasa dikurniakan kekuatan dan semangat untuk terus berkarya.. Fly high AA.. sofa bekas Fattah duduk tu kalau jual laku keras.. “

Setiap apa yang Aina tonjolkan dalam MV ini ada maksudnya yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya kerana terlalu tersirat dan memerlukan seseorang untuk memikir. Apa-apa pun, memang best lirik lagu ini dan penampilan khas Fattah juga menambahkan lagi jiwa untuk MV itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aina Abdul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia lebih Aliff Syukri daripada Aliff Syukri original. Amayan senak ulu hati nak menahan ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

