Artis / Selebriti
” Hilangnya kasih sayang suami, Allah gantikan dengan kasih sayang anak yang sentiasa tulus.. ” – Komen Netizen

Perkongsian Bella Astillah Sempena Ulangtahun Kelahiran Anak Sulungnya, Ayden Adrean Buat Ramai Tersentuh. Sedihnya Dengar Kata-Kata Bella, Menusuk Ke Hati. Perasaan Hati Seorang Ibu !!
Setiap orang ada kisah dan perjalanan hidup masing-masing yang telah ditetapkan oleh Yang Esa. Bagi pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, kehidupan figura ini penuh dengan dugaan. Namun Allah Maha Besar kerana Bella dikurniakan dengan anak-anak yang selalu di sisinya.
Meninjau entry di akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan throwback anak sulungnya, Ayden Adrean dari awal kelahiran sehingga lah sekarang. Tanggal 7 Julai genap lah usia Ayden yang ke 7 tahun dan video ini khas didedikasi buat Ayden.
Banyak yang dilalui oleh Bella bersama Ayden dan Ayden juga adalah sumber kekuatan Bella untuk terus kuat sebagai seorang ibu. Bella menzahirkan rasa syukurnya kerana dikurniakan Allah anak sebaik Ayden. Ayden anak yang memahami dan bertanggungjawab kepada Bella dan adiknya, Ara Adreanna.
Ucapan Bella untuk Ayden menyentuh hati warganet. Apatah lagi mendengar suara Bella yang sayu itu. Harapan Bella yang diungkapkan dalam videonya itu membuatkan ramai yang menangis mendengarnya. Hanya seorang ibu yang memahami kesedihan ibu yang lain.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Bella ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy birthday Ayden.. mak lah yang bersusah payah menjaga demi membesarkan anak-anak.. ayden kekuatan mommy.. semoga ayden jaga mommy selalu.. ”
” Menangis oh saya dengar suara kak bella bagi wish tu.. ikhlas dari hati seorang ibu. btw hppy b’day ayden.. ”
” Mata masuk habuk, happy birthday Ayden.. moga menjadi orang yg berguna n protect mummy dan ara.. jadilah orang yg berguna menghargai orang yg baik2 di sekeliling mu.. ”
” Siapa potong bawang ni.. Hilangnya kasih syg suami, Allah ganti kan dgn kasih syg ank y sntiasa tulus.. happy birthday handsome boy Ayden.. ”
” Aku dengar suara Bella, kenapa aku yang menangis.. perasaan mama-mama memang macam ni kan.. ayden yang lalui segalanya bersama mommy.. kekuatan mommy.. ”
” Happy Birthday Ayden. Nanti bila dah besar jaga mummy dengan adik baik2. Always remember Allah and may you succeed in life. Aamiin.. ”
” Happy birthday handsome boyy aydenn.. sebak dengar ucapan mummy kau ayden. smoga doa ibumu termakbul ayden.. ”
Betapa besar harapan dan impian Bella untuk Ayden dan itu adalah ucapan hari lahir yang membuatkan ramai menangis mendengarnya. Semoga segala doa Bella ini diangkat oleh-Nya dan Ayden menjadi sebaik-baik anak dan insan bergelar lelaki. Selamat hari lahir Ayden Adrean.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen