Artis / Selebriti
” Here’s to a birthday filled with perfect drives and putts.. ” – Rozita Che Wan
Video Dan Gambar Sambutan Hari Lahir Anak Sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy Raih Perhatian Warganet. Wah Tema Golf Lah. Malu-Malu Ammar Masa Semua Menyanyi Lagu Happy Birthday !!
Setiap tahun Rozita Che Wan tidak pernah melupakan sambutan hari lahir untuk kesemua anak-anaknya. Walaupun anak sudah meningkat dewasa, sambutan hari lahir tetap diadakan. Inilah yang dikongsikan oleh Che Ta di akaun Instagram miliknya.
Che Ta telah memuatnaik video dan juga beberapa keping gambar sekitar sambutan hari lahir anak sulungnya, Ammar Effendy. Tanggal 28 September genaplah usia Ammar 28 tahun. Ammar masih lagi belum berkahwin dan pada bulan lepas Che Ta ada memaklumkan majlis merisik calon menantu untuk anaknya itu.
Bertemakan warna hijau lumut, segala dekorasi majlis dihiasi dengan bertemakan golf kerana ia merupakan sukan kegemaran Ammar. Ammar pula memakai kemeja bercorak berwarna biru dan juga berseluar slack. Nampak semakin kacak dan sado anak teruna Che Ta ni.

Perkongsian video dan gambar ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Agaknya apakah hadiah hari lahir Che Ta buat Ammar bersempena hari lahir Ammar pada tahun ini. Pasti cukup istimewa.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk menonton video dan melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan selamat hari lahir kepada Ammar. Antara komen -komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Happy birthday adik sayang mokcie.. Semoga panjang umur, dan cepat jumpa jodoh.. Anak yg ini betul2 serupa rupa mcm Che Ta.. “
” Happy birthday ammareffendy semoga sentiasa dalam rahmat Allah, bahagia dan berjaya .. Mcm dh 40an dh Rupa.. brp umo anak.. “
” Baju nice.. happy birthday ammar.. semoga cepat jumpa jodoh.. dimurahkan rezeki selalu.. hadiah apa kali ini mummy bagi.. “
Sekadar info, Ammar merupakan anak sulung Che Ta menerusi perkahwinannya yang pertama. Hasil perkahwinan tersebut turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata iaitu Aniq Ezzra. Menerusi perkahwinan kali kedua bersama Zain Saidin dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Ammar Effendy. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan. Semoga cepat bertemu jodoh dengan wanita pilihan hatinya. Mesti tak sabar Che Ta untuk menerima menantu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozita Che Wan, Ammar Effendy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen

