Artis / Selebriti
” He is confusing, so cute lah Bubba.. ” – Komen Netizen
Video reaksi anak lelaki Raja Ilya, Royal Abraham ketika mendengar lagu Kalau Rasa Gembira versi English dan Bahasa Melayu buat ramai terhibur. Part bila dengar versi Melayu tu kelakar, lama Royal loading. Tak tahu nak tepuk ke tak tangan, hehe..
Setiap kali pelakon, Raja Ilya berkongsi video mengenai perkembangan anak-anaknya, Talita Love dan Royal Abraham, pasti akan menarik perhatian ramai. Kedua-dua adik beradik ini memiliki wajah yang sangat comel yang membuatkan ramai geram.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Ilya telah memuatnaik video yang memaparkan reaksi anak lelakinya, Royal ketika mendengar lagu Kalau Rasa Sayang. Menerusi video itu, pada awalnya Ilya menyanyikan dengan versi English dan kelihatan Royal seronok mendengar sambil membuat beberapa gaya.
Namun, ketika Ilya bertukar menyanyi versi Bahasa Melayu, kelihatan Royal terdiam dan terpinga-pinga serta tidak melakukan sebarang gerakan. Tulis Ilya di ruangan kapsyen, lagu ini sangat disukai oleh Royal, namun apabila dia menyanyi versi Bahasa Melayu, hanya anak sulungnya sahaja memberikan respon kerana Talita memahami Bahasa Melayu.

Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan geram melihat kecomelan anak-anak Ilya. Bukan itu sahaja, mereka juga terhibur melihat telatah Royal ketika Ilya menyanyi lagu tersebut dalam versi Bahasa Melayu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” He is confusing, so cute lah bubba.. Little Royal so adorable . Talita so sweet.. Suka tengok telatah dua beradik ni.. Geram.. “
” Comeyyyyy dua2 ni.. Geram rasanya macam nk gomol lah budak Royal ni.. Masyaallah, cerdik betul lah anak2 sis.. “
” Kejupp je rasa daahhh big boy.. Mama nyanyi lagu melayu, adik terpingga².. Hahhahaa takpe2 nanti lama2 dia faham lah tu.. “
” Wow you grownup already handsome boy.. Royal jammed.. Loading.. Reading…. Big suster also grownup and you look beautiful too.. “
” Haaa terconfuse comel la.. Btw handsome betul lah budak Royal ni.. Manis je muka dia.. Jadi anak yang soleh ya sayang.. “
” Tp at least dia cuba nyanyi . Hahaha comeiiiii.. Gerammm lah dua beradik ni kiyut sangat.. Satu Hollywood lagi satu Bollywood.. “
” Ya Allah kenapa comel sangat ni Royal.. Kak long punnnnn geram je tengok.. Pandai lah Kak Long.. Adik je loading lagi, hehe.. “
Alahai comel sungguh reaksi Royal, patut lah ramai yang geram melihatnya. Sebelum ini, Ilya ada memuatnaik video yang memaparkan anak sulungnya menyanyikan lagu Negaraku dan perkongsian video itu mendapat pujian daripada warganet.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rajailya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen

