Artis / Selebriti
” Happy birthday anak mama yang tersayang.. ” – Datin Noor Kartini

Perkongsian Datin Noor Kartini sempena hari lahir anak bongsunya, Faliq Khan raih perhatian ramai. Wah dah besar adik Neelofa ni. Masa kecil dulu comel je. Sekarang dah besar makin handsome. Untung Mama doa dari bumi Madinah..
Meninjau ke akaun Instagram Datin Noor Kartini, perkongsian Datin bersempena hari lahir anak lelakinya, Faliq Khan telah meraih perhatian ramai. Umum mengetahui yang Datin Noor Kartini merupakan ibu kepada seleriti Neelofa, manakala Faliq pula merupakan adik bongsu Neelofa, seibu tetapi berlainan bapa.
Datin Noor Kartini menulis ucapan yang cukup panjang dan ia ditulis ketika berada di Madinah. Doa yang cukup bermakna daripada seorang ibu ini juga cukup menyentuh hati. Tambahan pula didoakan di tanah suci. Sungguh bertuah Faliq.
Datin Noor Kartini memanjat rasa syukur kerana dipanjangkan usia anaknya sehingga kini dan semoga usia baru ini membawa keberkatan dan menjadi langkah yang lebih mendekatkan Faliq kepada cita-cita besar yang selalu menjadi impian Faliq.
Datin Noor Kartini juga mendoakan kejayaan anaknya itu sama ada di dunia dan juga di akhirat. Perkongsian ini telah menerima lebih 7 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Doa seorang ibu pasti tiada hijabnya.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan hari lahir buat Faliq. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” MashaAllaah our Sons look alike.. Hepi befday henshem boy, sekoga menjadi anak yg soleh menjadi kebanggaan mama & daddy.. “
” Happy birthday anak soleh faliq masih ingat wajah faliq ketika mula mula lahir hari pertama tu hensem doh alhamdulilah seindah akhlaknya.. “
” Barakallah Fii Umrik , Sanah Helwah! Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.. “
” Subhanallah..untungnya Faliq dpt doa panjang drp Mama noorkartini .. Sanah helwah anak hebat.Moga jd anak soleh wa musleh,penyejuk hati Mama & Daddy serta family.Aamiin.. “
” Barakallah Fii umrik, Happy birthday Faliq Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik & berpanjangan. Umur yang barokah, rezeki yang halal lagi melimpah ruah, serta sentiasa dlm lindungan & rahmat kasih sayang Allah SWT. InsyaAllah. Amin ya rabbal’alamin.. “
” Mama… gapo ni… **tiba dpt berbahasa kelantan ye gais .. amin. .mcm ala² pitbull msia ni… Happy birthday Faliq.. boleh menikoh dah.. “
” Aamiin aamiin aamiin ya Rabb. Selamat hari lahir abang handsome .. Long time no see.. Vibes Zayn Malik Happy Birthday Faliq.. “
Semakin handsome Faliq apabila semakin dewasa. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Faliq. Semoga panjang umur , dimurahkan rezeki selalu dan apa yang didoakan oleh mama Faliq dimakbulkan. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Noorkartini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin