Connect with us

Artis / Selebriti

” Handsomenya anak bujang Kak Rara. Dah pendek rambut dia, selalu rambut panjang tak nampak muka, .. ” – Komen Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Anak Lelaki Sharifah Shahirah, Airell Zulkifli. Wah Dah Besar Anak Shiera. Lain Muka Airell Selepas Rambut Pendek. Baru Jelas Muka Tu, Handsome Orangnya !!

Meninjau di akaun Instagram penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali dengan panggilan Shiera, telah dikongsikan video dan beberapa gambar yang memaparkan sambutan ulangtahun kelahiran anak lelaki tunggalnya iaitu Airell Zulkifli.

Menerusi video tersebut, kelihatan ibu mertuanya, Datin Maria Arshad turut ada menyambut ulangtahun kelahiran cucunya itu bersama ahli keluarga yang lain. Majlis diadakan serba sederhana di sebuah restoran dan kedengaran dalam video, Shiera berkata yang kek hari jadi Airell itu dibuat sendiri oleh Datin Maria.

Namun apa yang menarik adalah imej terbaru Airell di hari lahirnya yang sudah berambut pendek. Ramai yang mengatakan penampilan baru Airell itu membuatkan dirinya kelihatan semakin kacak daripada penampilannya sebelum ini yang berambut panjang,

Selain itu, ada juga yang tidak menyangka usia Airell sekarang sudah pun 20 tahun kerana melihat Airell seperti masih lagi berusia belasan tahun. Sehingga kini, video dan gambar sekitar majlis hari lahir Airell ini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, selain memberikan pelbagai respon, rata-rata warganet turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Airell. Antara komen-komen menarik adalah :

” Auto nampak handsome lah Airell bila rambut pendek.. Selamat hari lahir Airell.. Semoga diberi kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki dan bahagia berjaya dunia Akhirat.. “

” Happy birthday Airil semoga jadi anak yg soleh dan sentiasa handsome ok.. Simple jer yer sambut birthday.. Btw memang suka tengok family kak rara.. “

” Hb Airell.. Semoga jadi anak yg soleh, hormat ibu bapa n semua orang tua, jaga adik bradik n may all your dreams comes thru.. “

” MashaAllah.. Happy birthday Airell .. Handsome nya anak bujang Kak .. Selalu rambut panjang tak nampak muka.. Dah rambut pendek terus nampak muka.. “

” Happy birthday boy, mak pak n neneknya muda remaja macam sebaya je semua.. Tak lama lagi Kak Rara dah nak menantu lah, hehe dah bujang anak teruna dia.. “

” Serius lah 20 thn, hahahaha ingtkan masih sekolah lagi.. Cepat betul masa berjalan.. Handosem Airell, muka Shiera betul, hehehe.. “

” Airell dah rambut pendek lah.. Simple je kek nya, kek mcm tu jugak yg sedap takda cream, cpt habis tak muak makan nya.. Happy birthday Airell.. “

Betul apa yang dikatakan oleh warganet, imej Airell berambut pendek membuatkan dia semakin kacak. Apa-apa pun di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak turut ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Airell. Semoga Airell terus menjadi anak yang baik dan segala urusan Airell sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.. 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT