Artis / Selebriti
” Handsome macam ayahnya, gaya sebiji ayah.. ” – Komen Netizen
Zamarul Hisham Kongsi Gambar Dah Ucapan Sempena Ulangtahun Kelahiran Anak Sulungnya Raih Perhatian Ramai. Wah Handsomenya Anak Zamarul. Sekali Pandang Ingatkan Gambar Zamarul Masa Muda, Copy Paste Sungguh !!
Meninjau ke akaun instagram, perkongsian terbaru Zamarul Hisham telah meraih perhatian ramai. Zamarul membuat satu posting khas ucapan hari lahir kepada anak sulungnya, Izzat Haiqal. Izzat merupakan anak Zamarul menerusi perkahwinannya yang terdahulu.
Sekeping gambar Izzat telah dikongsikan yang mana Izzat memakai baju kemeja berbelang berwarna biru dan memakai kaca mata hitam. Zamarul menulis ucapan hari lahir buat Izzat di ruangan kapsyen dan mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.
Ada yang menyatakan wajah Izzat seiras dengan bapanya dan tidak kurang juga dengan gayanya. Apabila berkaca mata hitam sememangnya nampak sama. Walaupun anak sudah meningkat dewasa dan sudah berkahwin, Zamarul sentiasa ingat akan hari lahir anaknya.

Perkongsian ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai netizen memuji wajah Izzat yang handsome seperti bapanya. Jika tidak dibaca pada ruangan kapsyen, pasti ramai menyangkakan itu adalah wajah Zamarul ketika muda.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Perkongsian ini turut dihujani dengan ucapan selamat hari lahir kepada Izzat. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Happy birthday… semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah hendaknya , gaya ayahnya.. “
” Happy birthday… handsome mcm ayahanda nya, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.. “
” Selamat hari jadi kepada anak tuan Zamarul.. MassyaAllah, anugerah dr Allah S.W.T..Hensem anak zamarul hisham.. “
” Adoi gaya bapak sebiji.. hepy besday zamarulhisham93 ..eh silap.. macam bapaknya waktu muda dulu.. “
” Happy birthday to your son.. kjap je dh makin tua la kita bila anak meningkat usia..handsome your son.. “
Sekadar info, Zamarul kini sudah berkahwin kali kedua bersama pelakon Diana Rafar dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang comel. Zamarul juga mempunyai seorang cucu iaitu anak kepada Izzat.

Bak kata pepatah, bapa borek dan anak rintik. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Izzat Haiqal. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zamarul Hisham, Izzat Haiqal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Arwah Siti Sarah vs Jamal Abdillah versi gen Z. So talented.. ” – Komen Netizen

