Artis / Selebriti
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya

Video Nur Fatima Aisya meluahkan hasrat ingin bercuti bersama daddynya, Fattah Amin ke Tokyo Disneyland. Alahai manjanya suara Fatima. Part respon Fattah tu win, macam cakap dekat mummy Fatima je tu, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik anak pelakon tampan, Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya, telah dikongsikan satu hantaran video terbaru. Menerusi video itu, Fatima merakamkan dirinya yang sedang bercakap dan meluahkan satu hasratnya kepada Fattah.
Tanya Fatima kepada Fattah, bilakah daddynya akan membawa dirinya ke Disneyland Tokyo. Kata Fatima lagi, dia begitu ingin pergi bersama Fattah dan ingin membawa sekali atuk dan nendanya sekali serta menyebut beberapa nama sepupu-sepupunya. Pada akhir video, Fatima sempat berkata ‘ i love you daddy ‘ untuk Fattah.
Manakala di ruangan kapsyen, telah ditulis ‘Dear daddy’ berserta dengan emoji love berwarna biru dan diakhiri dengan ‘ Love Fatima ‘ beserta emoji love berwarna merah jambu. Selain itu, Fattah turut memberikan respon kepada video Fatima itu menerusi Instagram Story miliknya.
Tulis Fattah, dengan berseloroh adakah video yang dikongsikan oleh Fatima itu dimuatnaik sendiri oleh Fatima. Fattah juga mengatakan dia ada membuat video call kepada Fatima, namun tidak dijawab. Sehingga kini, perkongsian video Fatima itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Alahai, comel sungguh mendengar coleteh Fatima menerusi video itu. Manja betul Fatima dengan daddynya. Cara Fattah memberikan respon kepada video Fatima juga mencuti hati. Fattah seperti ingin menyakat ibu Fatima, Fazura yang memuatnaik video tersebut di akaun Instagram Fatima.
Untuk info, selepas Fattah dan Fazura berpisah, hak jagaan Fatima diberikan kepada Fazura. Manakala Fattah pula diberikan hak untuk lawatan bermalam bersama Fatima seperti telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Apa-apa pun, semoga Fatima terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang bijak pandai dan hidup bahagia bersama kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG nurfatimaisya, fattahaminz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Saya berjaya menghubungi, berbual dan whatsapp dengan tuan punya komen tu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tone suara Abbas sama dengan Bilal. Slang cakap English pun lebih kurang, best dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 hours ago
” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli
-
Viral21 hours ago
” Mak, kan ada dua orang yang nda (tidak) puas hati dengan Ara ni. Yang namanya Kak C tu.. ” – Zara Qairina
-
Artis / Selebriti2 days ago
” ‘Saya macam haiwan, hidu hidu pergi ke saluran bau’. Berdekah aku Amayan oii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Adoi lawak lah, Papa dah pandai nak caras Mama. Sikit lagi jari tu nak masuk lubang hidung.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Yang last tu berdekah aku. Lawak parodi ni, haha.. ” – Komen Netizen