Artis / Selebriti
” Haaa ni baru nampak macam 39. Time nikah tu macam nampak terlebih.. ” – Netizen

Gambar Throwback Intan Najuwa Dan Suaminya, Dato’ Ahmad Azraf Raih Perhatian Warganet. Eh Lain Betul Muka Dato’ Azraf, Ala Oppa Korea Pulak Yang Ni. Macam Pasha Ungu Pun Ada !!
Pelakon kecil molek, Intan Najuwa telah pun selamat disatukan dengan jejaka pilihan hatinya, Dato’ Ahmad Azraf Azman. Dengan hanya sekali lafaz, termeterai lah ikatan janji sehidup semati merpati dua sejoli ini. Untuk makluman, Intan menerima hantaran sebanyak RM222,000.00 dengan mas kahwin sebanyak RM20 ribu.
Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Intan, perkenalan mereka bermula apabila diperkenalkan oleh kawan Dato’ Azraf yang juga kawan Intan. Siapa sangka perkenalan ini akan membawa mereka ke jinjang pelamin. Menerusi akaun Instagram Pesona Pengantin, telah pun dikongsikan sekeping gambar throwback Intan dan Dato’ Azraf.
Sama cantik sama padan, itu yang dikatakan oleh warganet setelah melihat gambar ini. Dato’ Azraf kelihatan sangat berbeza pada ketika ini mungkin kerana gaya rambutnya yang stylo ala-ala oppa Korea. Lain betul wajahnya dan kelihatan lebih muda dalam gambar ini.
Ramai juga yang memuji kecomelan wajah Dato’ Azraf dan wajah pasangan ini ada iras antara satu sama lain. Baby face juga wajah Dato’ Asraf, sesuai sangat dengan Intan. Ada juga yang mengatakan wajah Dato’ Azraf ketika itu seperti wajah Pasha Ungu.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini, perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Yang dulu muka husband dia mirip pasha ungu tu.. Rambut macam ni dato’ nampak muda.. lain betul muka tapi cute..”
” Dato’ takdelah nampak tua daripada umur.. saya rasa, mungkin make up masa tu membuatkan wajah Dato’ berusia.. ”
” Wei macam Oppa jugak suami Intan ni.. Nampak muda rambut macam ni.. Comel je you both.. muka dua-dua baby face.. ”
” Haa ni baru nampak sesama usia. Ni nmpak muda, hari tu tgok gmbar nikah nmpak mcm berusia. Sorry la ye. Mgkin effect gmbar agknya.. ”
” Haaa ni baru nampak macam 39.. time nikah tuu.. mcm npk terlebih.. cute je husband dia.. namopak lain pulak lagi handsome.. ”
” Handsome la , npk matured .. sepadan dah.. comel lah dato ni. mungkin masa nikah dia neves ke kusut ke, nampak tua. masa hari sanding comel je.. ”
” Muka nampk macho dgn pakaian camni.. dia berisi ckit kot skrg.. klu kurus msti lg hensem ni.. mmg ensem oppa tu lah intan trgoda.. ”
Memang kelihatan sedikit berbeza penampilan Dato’ Azraf dan ramai juga lah yang suka melihat wajahnya itu. Apa-apa pun, Intan dan Dato’ Azraf memang bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama segak. Semoga berbahagia sampai syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Pesona Pengantin, Tiktok Datuk Ahmad Asraf
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen