Artis / Selebriti
” Goosebumps tengok performance Eiss malam ni. You nailed it, terbaik.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Iskandar Ismail di konsert separuh akhir Gegar Vaganza, menyanyikan lagu Despacito raih perhatian ramai. Wah Tok Ram sampai tak tulis apa-apa, dapat pujian dan standing ovation daripada semua juri. Mantap lah Iskandar..
Persembahan Iskandar Ismail di pentas separuh akhir Gegar Vaganza semalam berjaya mencuri tumpuan ramai apabila beliau tampil dengan nyanyian penuh bertenaga menerusi lagu popular antarabangsa, Despacito. Keberanian Iskandar membawakan lagu berbahasa Sepanyol itu membuahkan hasil apabila persembahannya menerima pujian daripada barisan juri dan penonton.
Bunda Hetty Koes Endang telah memberikan laungan ‘ Gebrek ‘ kepada Iskandar dan mendapat standing ovation daripada ketiga-tiga juri termasuk Dato’ Ramli MS. Dari awal persembahan, Iskandar telah berjaya memukau pandangan para penonton.
Hasil daripada persembahan hebat tersebut, Iskandar diumumkan sebagai peserta yang memperoleh markah tertinggi pada malam berkenaan. Kejayaan itu turut melayakkan beliau menerima Anugerah Adabi ada Beats berupa wang tunai sebanyak RM10,000.

Sedikit perkongsian video persembahan Iskandar telah dimuatnaik di akaun Media Hiburan Official dan telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet buat masa ini. Dato Ramli MS memuji persembahan Iskandar seperti tiada sebarang cacat celanya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Mashaallah… Goosebumps tengok performance Eiss malam ini. Memang layak jadi Juara . Kalau konsisten mcm ni mmg confirm juara la.. “
” Hope that’s Gebrek that’s worth $10k tonight! Ameen! Last semua juri kasi standing ovation.alhamdulillah. Puas hati aku nari.. “
” Iskandar mmg performers pon..mmg la makanan dia.. Alhamdulillah… finally Eiss dapat GEBREK!! Congrats iskandar _ismail78 looking forward your performance final GV12 .. go Eiss gooo! Jia you Jia yo! “
” Wooow superb A++++ persembahan Eiss welldone tahniah Eiss. Road to final. Juara baru Gv12. Dah macam Ricky Martin sudah.. “
” Lagu macam ni lagi susah nak impress orang sebenarnya. U nailed it! terbaikk.. style dia nyanyi dah mcm itu lagu dia..brsahaja-sempoi.. “
” Perghhh entry dia sumpah cantik. Standing ovation is the power dari GEBREK. Ma shya Allah..Terbaik iskandar semoga juara.. “
” Yes…all judges give him a standing ovation..he deserved it.. Susah nak tgok Tok Ram bagi standing ovation utk sesiapa…U are nailed it.. “
Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Iskandar Ismail sebagai antara peserta pilihan, malah membuktikan bakat dan versatiliti beliau masih relevan serta mampu memberi impak besar di pentas Gegar Vaganza. Penonton kini pastinya tidak sabar untuk menyaksikan persembahan final daripada Iskandar pada minggu hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

