Artis / Selebriti
” Goosebumps dengar Amad menyanyi dengan Mak Iti dia. Owner lagu puji sedap depan-depan tu.. ” – Komen Netizen
Video paduan suara anak Siti Sairah, Amad Dayyan dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza raih pujian ramai. Sedapnya suara Amad, memang sebijik suara Tokti masa muda. Tokti pun puji suara Amad sedap. Padu lah Amad..
Anak lelaki Siti Sairah Tarudin, Amad Dayyan mula menjadi perhatian setelah nyanyiannya viral baru-baru ini. Amad memiliki kekuatan vokal yang hebat dan boleh menyanyikan lagu berentak tinggi dengan baik. Antara lagu cover nyanyian Amad yang disukai ramai adalah lagu hits Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Seribu Kemanisan.
Kali pertama warganet mendengar Amad mendendangkan lagu tersebut, ramai yang memuji Amad memiliki suara DS Siti ketika muda remaja. Kelunakan dan kemerduan suara Amad sedap didengar dan memukau semua pendengar. Kali ini, Amad berpeluang berduet bersama ibu saudaranya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Amad Dayyan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian Amad dan DS Siti. Permulaan lagu ini dimulakan oleh DS Siti dan Amad menyambung nyanyian DS Siti. Paduan suara anak saudara dan ibu saudara ini boleh membuatkan yang mendengar rasa terbuai-buai.

DS Siti sendiri secara terbuka memuji kemerduan suara Amad. Suara Amad kedengaran smooth sahaja walaupun banyak part lagu ini yang memerlukan Amad menyanyi dengan lantang dan high note. Tak puas warganet mendengar nyanyian Amad dan DS Siti kerana durasinya agak pendek.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hebat Amad.. Disebabkan lagu ni la mama lynn jatuh cinta dekat Amad. Steady amad, power lah.. “
” Owner lagu puji sedap depan-depan.. tapi memang sedap pun.. semoga terus maju Amad.. Power la Amad, memang lenggok mak itu tu turun ke Amad, terus success ya.. “
” Mak iti please angkat amad ke persada muzik tanah air.. Fly high amad. Aunty pon dh jadi 1 of your fan jgk amad.. “
” 1 family telan kaset.. Wahhh Amad.. Amat baik nyanyian amad. Key ori siti tuu. Part Amad masuk aku x perasan pon perbezaan tone suara. Anda hebat amad. Wowww hebat betul.. “
” Ya Allah…. goosebumps dngr amaddayyan nyanyi dgn mak ITI dia. You are indeed talented sama macam yr kak umairahofficial Harap ctdk pun will take Amad sebagai artist juga.. “
” Tokti kena jemput amad utk nyanyi duet dekat konsert akan dtg. Sedapp sgt suara dan lenggok suara amad ni.. “
” Alahai sedapnya suara Amad. Dato’ Siti pun puji sedap suara Amad.. Semoga terus berjaya okey Amad.. boleh pergi jauh ni.. “
Tidak dapat dinafikan suara Amad ada auranya yang tersendiri yang membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya boleh terpaku untuk mendengar sehingga ke akhir lagu. Mak Iti pun puji Amad, tidak mustahil Amad juga akan menjadi pelapis DS Siti suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amad Dayyan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

