Artis / Selebriti
” Ger4mnya tengok video anak-anak Bellaz, comel-comel semuanya.. ” – Netizen
Video Dan Gambar MUA Bellaz Sebelum Berangkat Menunaikan Ibadah Umrah Bersama Keluarga Raih Perhatian Warganet. Part Si Bongsu, Nur Aisywara Naelofa Tu Gelak Comel Sungguh !!
Sebut sahaja nama MUA Bellaz pasti semua mengenalinya. Bakatnya dalam bidang solek membuatkan ramai yang kagum dengan hasil seni tangannya. Bahkan kini, MUA Bellaz atau lebih mesra dengan panggilan Bellaz adalah antara jurusolek yang berjaya dan bergelar jutawan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Bellaz telah berkongsi beberapa gambar bersama keluarganya di lapangan terbang. Kongsi Bellaz di ruangan kapsyen, dirinya serta keluarga akan bertolak mengerjakan ibadah umrah.
Tulis Bellaz lagi, ini adalah kej0tan daripada suaminya untuk keluarga mereka. Selain itu, Bellaz turut berkongsi video anak-anaknya yang comel mengenakan tudung dan kopiah. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ada yang memuji dan ger4m melihat kecomelan anak-anak Bellaz lebih-lebih lagi anak bongsu Bellaz iaitu Nur Aisywara Naelofa. Sehingga kini, posting terbaru Bellaz telah menerima ratusan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, selain memuji kecomelan anak-anak Bellaz, ramai yang mendoakan Bellaz agar urusan ibadah umrahnya dipermudahkan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ger4mnya tengok video anak-anak Bellaz, comel-comel semuanya.. Semoga segala urusan Bellaz dipermudahkan.. “
” Allahu Neelofa tu aku ger4m sungguh laaa, gelak2 pula.. Cerdik betul si comel ni.. Ank2 laki Bellzz handsome2.. “
” Semoga Kak Bella and sekeluarga Dipermudahkan segala urusan dan moga selamat pergi dan balik, amin.. “
” Alhamdulillah.. Subahanallah.. Semoga Bella sekeluarga dipermudahkan semua urusan dan mendapat umrah yang mabrur. Doa kan kami disini juga ye.. “
” Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur Aamiin. MasyaAllah comel2 belaka semuanya.. “
” Semoga dipermudahkan urusan di tanah suci ,Dan selamat pergi ,Dan pulang ke tanah air semula Amin yaa rabbal Alamin.. “
” Ya Allah bestnyaaaaaa.. Semoga dipermudah segala urusan Bellaz dan keluarga dekat sanaa.. Waraaaaa, geram aihhhh.. “
Alahai indahnya tengok penampilan Bellaz sekeluarga. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat mengerjakan ibadah umrah buat Bellaz sekeluarga, semoga segala urusan Bellaz di Tanah Suci akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

