Artis / Selebriti
” Gambar last paling comel dan kelakar, tak sangka pula ada plot twist.. ” – Netizen
Alif Satar Kongsi Beberapa Gambar Pengalaman Pertama Kali Membawa Anak Lelakinya, Muhammad Ali Pergi Menunaikan Solat Jumaat. Gambar Last Tu Comel Sangat. Penat Puasa Ke Tu Ali, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar telah berkongsi beberapa gambar bersama anak lelakinya, Muhammad Ali. Gambar-gambar tersebut adalah ketika kedua mereka telah pergi menunaikan solat jumaat.
Tulis Alif di kapsyen, hari ini adalah pertama kali Ali mengikut Alif pergi menunaikan solat jumaat. Kelihatan Ali begitu comel mengenakan baju Melayu teluk belanga berwarna merah serta memakai kopiah warna putih duduk di dalam kereta.
Gambar kedua pula memaparkan Alif sedang menaiki tangga masjid sambil memimpin tangan Alif. Manakala gambar ketiga, Alif dan Ali sudah berada di dalama masjid. Ianya adalah satu kenangan buat Alif membawa anaknya itu turut bersama mengikutnya ke masjid.

Alif turut meminta para warganet mengikut turutan setiap gambar yang dikongsikannya itu. Gambar terakhir Ali sudah tertidur di atas pangkuan Alif buat ramai terhibur. Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet dan menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian oleh Alif dan memberikan pelbagai respon. Antara komen-komen menarik adalah :
” Gambar last paling comel dan kelakar, tak sangka pula ada plot twist.. Tapi terbaik Alif bawa anak pergi masjid.. “
” Anak kecik tertido tunggu solat jumaat tu boleh dimaafkan. Ramai je abang2, pak cik2, atok2 yg tersengguk2 tdo waktu khutbah Jumaat hehe.. “
” Kids memang standard.. Once nak solat je mata dorang pun kuyu.. Salam ramdhan mubarak to u & family from singapore.. “
” Mule2 nampak kemain excited.. Tapi lepas tu kepenatan da die.. Dia puase ke tu Alif.. Comel pula tengok dia tidur.. “
” Terpaling penat puasa ke tu, hahahahaha comel lah Ali.. Takpe pengalaman bermakna buat Ali kali pertama pergi solat jumaat.. “
” Nasib ler dia tido.. Kena dia tawaf satu masjid, naya pak karim.. Cam anak dar4 ku, solat terawih 2 rokaat alhamdulillah.. Masuk pertghan rokaat 3, dia bleh ada kat tempat ambil wuduk dh kuyupppp, terus aku balik, hahha.. “
” Hahahahaa gaya tidur tu lagi teruk penat puasa daripada daddy lah Ali.. So sweet gambar Ali ke masjid, memang momen terindah.. Yeay daddy dah ada geng nanti pergi solat.. “
Alahai Ali, kenapa comel sangat gamabr yang tengah tidur tu. Tapi tak apa, ini adalah satu kenangan bermakna buat Ali bila dewasa nanti. Sikap Alif juga patut diberikan pujian kerana sudah mendidik anak kecilnya ke masjid. Bak kata pepatah, melentur bulur biarlah daripada rebungnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alifsatar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen

