Artis / Selebriti
” Fuhh makin padu lah suara Kak Nab kita sekarang, sedap sangat dengar.. ” – Komen Netizen

Video Nabila Razali Menyanyi Lagu Janji Manismu Sambil Mengurut Kaki Suaminya Raih Pujian Ramai. Wah Padu Lah Bella, Sambil Mengurut Kaki, Siap Boleh Tarik Lagi Part Tinggi Tu. Makin Power Suara Bella Sekarang !!
Bagi yang mengikuti penyanyi Nabila Razali di akaun TikTok, pasti mengetahui yang Nabila sering berkongsi pelbagai video menarik buat tatapan para peminatnya. Sejak mendirikan rumah tangga, Nabila kerap berkongsi video content yang mencuit hari sehingga peminat mengatakan Nabila semakin kelakar orangnya.
Selain itu, Nabila juga sering berkongsi video mengusik suaminya. Terbaru, menerusi akaun TikTok, Nabila ada memuatnaik video yang memaparkan dirinya sedang mengurut kaki suaminya, Nik Iruwan Nik Izani di kediaman mereka.
Namun apa yang mencuri perhatian netizen pada kali ini adalah Nabila menyanyikan lagu milik penyanyi lagenda negara Aishah atau nama penuhnya Dato’ Wan Aishah Wan Ariffin yang bertajuk ‘Janji Manismu’ . Ramai yang mengatakan vokal Nabila sekarang semakin bagus dan nyanyiannya sangat sedap didengar.
Sementara itu, menerusi video lain, sebelum ini Nabila ada juga berkongsi video menyanyikan lagu bertajuk ‘ Percayalah’ nyanyian asal oleh penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Kedua-dua video itu sehingga kini telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Isntagram.
Tonton video di bawah ini :
@nabila.razalii Lilin habis. Kita urut la pulak lah ek #CandleCover #JanjiManismu
@nabila.razalii Percayalah cakap saya yang he did it on purpose. Haha #CandleCover #Percayalah
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan mereka memberikan pujian kepada Nabila. Antara komen-komen menarik yang dapat kami kongsikan adalah :
” Melawak boleh menyanyi boleh berlakon boleh mengurut pun pandai.. Fuhh makin padu lah suara Kak Nab kita sekarang, sedap sangat dengar.. ”
” Sejak bila Widad tukar kerjaya ni.. Bkn dlu doktor kee.. Knp jd tukang urut plk ni, hehe.. Sedap lah suara you Nabila, makin ada kemajuan tau.. “
” Untong lh en suami.. Urut kaki pn ada penyanyi popular nyanyikan… Smga terus bhgia hingga ke jannah Nabila dan suami.. Aminn.. “
” Tapi ni serius weyh aq ckp… Soqa Kak Nab kita koi sedap ouhhh sesejak kawin niiiii.. Kena kluaq single baru rasanya Kak Nab, hehehee.. Tak puas dengar, sedap suara Kak Nab.. Kak Nab, drama Kak Nab berlakon pun best sangat lah.. “
” Saya sampai lupa kak yg akk penyanyi, punye random akk ni setiap hari.. Btw suara akk memang sedap lah nyanyi lagu mcm ni.. Boleh pergi jauh lagi bakat akk.. Jadi penyanyi pun ok, pelakon pun ok sangat.. “
” Wey suara dia serious boleh pergi jauh. Cara menyanyi pun ala ala penyanyi. Mesti dia ada pergi singing class ni. Kalau banding dahulu memang out juga suara dia.. Sedap, i like sangat.. “
” Lagu lagu macam ni sesuai dgn voice youuuu.. Thankyou sing my fav song.. I sampai lupa yg you asal penyanyi sebab kan terlalu minatkan watak Widad, hehe.. “
Walaupun dalam berkeadaan sahaja sambil mengurut kaki suami, namun Nabila menyanyi dengan begitu baik sekali terutama sekali part tinggi. Selain itu, para peminat turut memuji lakonan Nabila menerusi drama ‘Bawah Payung Awan’ . Apa-apa pun, semoga Nabila terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok nabila.razali, IG nabila.razali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen