Connect with us

Artis / Selebriti

” Fuh meremang, masih berbisa suara Azie. Suara sebijik macam telan kaset, legend is back.. ” – Komen Netizen

Video persembahan penyanyi popular era 90-an, Azie mendendangkan lagu Kau Tetap Dalam Anganku di Konsert Suara 34 buat ramai meremang. Maintain suara Azie, merdu macam dulu. Tak berubah langsung.. 

Bagi yang membesar di era 90-n, nama penyanyi Azie Mustapha bukan satu nama asing. Pelantun lagu Pelamin Anganku Musnah ini pernah menjadi sebutan dan lagunya menjadi siulan ramai. Ada beberapa lagu lagi yang menaikkan nama Azie di persada seni.

Sekian lama Azie menyepi dari dunia hiburan, kemunculan Azie di Konsert Suara 34 RTM meraih perhatian warganet. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok whezyl dan Zamjoli, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Azie di konsert tersebut.

Penampilan Azie yang anggun meraih pujian ramai. Pada usianya yang sudah pun lewat 40an, Azie masih kelihatan muda. Tidak hanya awet muda, Azie mengekalkan badan yang sihat dan ramping. Paling utama yang menjadi perhatian adalah suara Azie.

Seakan suara ‘telan kaset’, itu yang diumpamakan oleh warganet. Walaupun sudah berpuluh tahun lagu tersebut dirakamkan, suara Azie masih kedengaran sama. Lagu trademark Azie yang selalu menjadi pilihan ramai ketika berkaraoke.

Jom tonton video di bawah :

@whezyl

Mesti ramai rindu nk dengar Azie nanyi live. #rtm #konsertsuara34

♬ original sound – whezyl – whezyl

@ezamp1712

Lagu tok.mengembalikan nostalgia… kau tetap dalam anganku- Azie #pelaminangankumusnah #kautetapdalamanganku #laguviral

♬ original sound – ZAMJOLI – ZAMJOLI

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Fuh meremang… masih berbisa suara dia.. kita minat azie dari bangku sekolah tingkatan 2 dulu dulu.. lgu zamn remaja kita nii.. aduihhhhhh.. “

” Pergh lagend is back… calon gv ni..suara Masih steady.. suara sebijik mcm telan kaset. lawanya azie, legend zaman 90an ni korang.. “

” Tersedap. padu walaupun dah lama tak nyanyi masih sama suara macam dulu.. masih steady sora Kak Azie.. “

” Dia sebut satu satu perkataannya, masih berbisa ni.. ni baru awet muda, 48 nampak muda sangat.. Dulu aku terfikir kenapa dia tak setaraf populariti mcm dkct. Pdhal package lengkap tu.. “

” Komposer adalah Saari Amri, seorang komposer yang hebat.. artis yg paling kekal cantik tokti dan kak azie… comel je.. sya tgk program ni kt tv2 kemarin.. “

” Suara dia better dri sebelum nii hrp masuk gv thun nii.. Saari amri punya lagu mmg syahdu,ditambah vokal lembut azie,mmg ada umphhhh.. “

” Maintain slim cantik suara pun masih sama spt dulu.. mantap lah suara azie.. tredmark tgn azie…. kalau nyanyi lgu plamin anganku musnah.. “

Aura Azie masih melekat di hati peminat dan suaranya itu masih kedengaran sama seperti dahulu. Terubat kerinduan peminat untuk mendengar suara Azie. Semoga Azie gembira selalu bersama keluarga tersayang dan menjalani kehidupannya dengan bahagia.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Whezyl, Tiktok ezamp1712, IG Azie Mustapha, Portal Nona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Moon By Aliff Syukri
Bostanten Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak