Artis / Selebriti
” Fuh boleh masuk musabaqah ni. Suara sedap, tajwid pun betul.. ” – Komen Netizen
Video Ameng Spring mengalunkan bacaan ayat suci Al-quran surah Al-Kahfi raih pujian warganet. Bacaan yang sempurna, suara yang lunak dan merdu. Menyanyi sedap, mengaji lagi berganda-ganda sedap..
Ameng Spring bukan nama baru dalam industri tanah air. Ameng sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam dunia hiburan dan ada nama yang gah. Suara Ameng satu dalam seribu dan sangat unik. Ameng kini semakin aktif di media sosial dan platform Tiktok digunakan oleh penyanyi hebat ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ameng Spring Official 2025, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ameng mengalunkan ayat suci Al-Quran. Surah Al-Kahfi menjadi surah pilihan Ameng dan beberapa potong ayat surah ini dibacakan untuk warganet.
Ramai yang memuji bacaan oleh Ameng itu. Bacaan yang sempurna, bukan hanya kerana alunan suara yang merdu, tetapi juga lengkap dengan tajwidnya. Memetik komen warganet di ruangan komen, suara Ameng ini tidak hanya sedap menyanyi tetapi juga mengaji.

Tidak ramai artis yang berkongsikan bacaan ayat suci Al-Quran seperti ini di media sosial. Ameng salah seorang dan ianya dipuji oleh warganet. Komen warganet, Ameng merupakan artis contoh dan pengalaman masa lalu banyak mengajar serta memberikan hidayah dalam hidup Ameng.
Jom tonton video di bawah :
@amengspringofficial2025
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” AllahuAkbar.. mengaji sedap, menyanyi pun sedap.. terbaik lah bang Ameng.. ini lah yang boleh dijadikan contoh.. “
” Sedapnya abang Ameng mengaji.. sejuk hati dengar alunan ayat suci Al-quran macam ni.. bagus baca Al kahfi ni setiap jumaat,klau awal dan akhir tu baca setiap hari jgn tinggal inshaAllah moga Allah beri perunjuk utk elak fitnah akhir zaman.. “
” 6 Tahun jadi bilal.. contoh artis yg berkebolehan dalam bidang sendiri.. masyaAllah subhanallah.. alhamdulillah.. ALLAHUAKBAR.. “
” Fuh… ini mcm baru vocalist brader…. ini klu baca sebelum azan ni mmg ngam .. terbaik la meng… mung mmg power.. “
” Suara memang sedap mengaji dan mengaji. tajwid pun betul.. boleh masuk musabaqah ni.. Terima kasih, membaca kan Al Kahfi. syukur masih dapat mendengar abg mengaji. Bahagia dan sehat selalu untuk abg. Aamiin.. “
” Alhamdulillah tenang jiwa dengar suara abang Ameng ni. boleh masuk tilawah ni bang.. sedap suara mengaji.. “
” Ya betul menyanyi sedap, baca AL quran pun sedap.. Masya Allah . nikmat yg mana lagi hendak kamu dustakan.. syukur alhamdulillah.. “
Siapa sahaja yang tidak terbuai dengan bacaan ayat suci Al-quran oleh Ameng ini. Bacaan yang merdu untuk halwa telinga dan mendamaikan. Semoga Ameng terus istiqamah, menjadi artis contoh yang terbaik kepada orang lain dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amengspringofficial2025
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

