Connect with us

Artis / Selebriti

” From ayam guring to this. TTMM next season candidate.. ” – Komen Netizen

Video anak sulung Tomok, Arrian Shah Akid menyanyikan lagu dari kumpulan Coldplay raih pujian ramai. Wah dah besar dah Arrian, sedapnya suara Arrian..

Anak kepada penyanyi, Tomok iaitu Arrian Shah Akid, mencuri perhatian ramai apabila tampil menyanyikan lagu “Yellow” daripada kumpulan terkenal Coldplay. Menariknya, persembahan santai itu turut ditemani oleh bapanya, Tomok yang memainkan gitar.

Menerusi video yang dikongsikan, Arrian kelihatan begitu yakin menyanyikan lagu tersebut sambil Tomok memetik gitar dengan penuh santai. Gabungan suara Arrian yang merdu dan alunan gitar Tomok membuatkan ramai yang teruja mendengar nyanyiannya.

Walaupun masih muda, Arrian berjaya menyampaikan lagu “Yellow” dengan baik. Ramai yang memuji tone suaranya yang sedap didengar dan menyatakan bahawa bakat nyanyian itu jelas diwarisi daripada bapanya. Ada juga yang berseloroh mengatakan Arrian sudah bersedia untuk menyertai program seperti Talk To My Manager Malaysia.

Selain bakatnya, penampilan Arrian juga tidak kurang mendapat perhatian. Ramai menyedari Arrian kini semakin membesar, malah kelihatan tinggi dan kacak. Perubahan fizikalnya membuatkan ramai peminat tidak sangka bahawa Arrian kini sudah semakin remaja.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji nyanyian Arrian yang sedap didengar. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah  :

” Ala… budak ayam guring dah besar. Budak makan sambil tido time sahur dah besar. How times flies.. Boleh jadi pelapis ayah nya.. Tomok junior.. “

” Bile dia jd besar nii . Kee aq yg nak senje nii  .. Ya Allah .. Musim akan datang – TTMY(Talk To My Manager) kami tunggu! “

” Semangat dek, jangan sampai kalah sm si bapak..bapak nya dlu se usia dulu udah bikin album.. Talk to my manager season two.. “

” Kalau gilap lagi boleh pegi jauh ni .. tone pon sedap lg dari bapaknya.. From ayamm guringg to thiss.. TTMM next season candidate.. “

” Tinggi sungguh arian, kerusi tu kalau acik duduk kaki tergantung tu.. Dah besar panjang dahhhh.. Power suara arrian.. “

” Muka kebeneran ni awet muda sangat la.. Dah bujang ya anak tomok.. Ayam guring dah besar. Bikinkan song Untuk nya bang.. “

” TTMM S2 kan ni…….???? Keren sekali Abang tomokofficial junior.. Handsomenya.. Sedapnyaaa suara.. segak lah arrian.. “

Melihat kepada bakat yang dimiliki serta sokongan daripada bapanya sendiri, tidak mustahil Arrian Shah Akid mampu mencipta nama dalam dunia seni suatu hari nanti. Jika terus berlatih dan yakin di pentas, siapa tahu Arrian mungkin bakal mengikut jejak langkah Tomok sebagai penyanyi berbakat pada masa hadapan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tomok

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak