Connect with us

Artis / Selebriti

” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen

Video dan gambar anak sulung Bonda Rozita, Yatie Kamarzaman bersama ayah tirinya curi perhatian ramai. Oh ini rupanya ayah Ajah dan Ajim, handsome orangnya dan awet muda. Part last masa Yatie cakap dengan ayah tu touching, sampai sebak ayahnya.. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Yatie Kamarzaman, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan pertemuan Yatie bersama ayah tirinya. Lelaki yang digelar sebagai ayah ini merupakan ayah kandung kepada adik-adiknya, Ajah dan Ajim.

Yatie dan Dato’ Aliff Syukri sebapa, manakala Ajah dan Ajim sebapa. Sekali pun hanyalah ayah tiri, kemesraan dan keakraban Yatie bersama ayahnya ini dipuji oleh warganet. Kata Yatie, mereka dipertemukan sebagai anak dan ayah sebentar cuma di persimpangan hidup, namun hubungan itu tidak akan terhenti di situ.

Kasih sayang tetap ada untuk ayah tirinya ini walaupun tidak lagi terikat oleh gelaran. Ramai yang teruja melihat wajah ayah Ajah ini dan ini kali pertama wajah ayah Ajah dapat dilihat menerusi video yang dikongsikan. Melihat moment Yatie memeluk dan memegang erat tangan ayahnya itu mengundang sebak di hati warganet.

Kata-kata yang Yatie ucapkan untuk ayah juga membuatkan ramai sebak. Malah ayahnya juga kelihatan cuba menahan sebak mendengar luahan hati si sulung yang penuh makna itu. Kasihnya seorang anak yang akan selalu ada walaupun ayah jauh di mata.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Bagus kak yati. Walau step father tp semua dia buat baik.. Tak tau cerita sebenar dan tak nak ambil tau pun.. tapi jauh di sudut hati ada satu perasaan yg sukar utk diungkapkan, sebak. Tahu, keluarga ini menyimpan seribu satu kisah.. “

” Kakak dgn abg sulung ni betul2 main peranan, jaga hubungan kekeluargaan, masing2 bawa haluan tapi tetap saling sokong satu sama lain, bagus sgt kak yati ni.. “

” First time tengok ayah ajah dengan ajim.. muda nampak raut wajahnya tu.. Padan la Azizah ni cantik dia lain sikit, ayah dia handsome. Betul kan.. Kita pulak yg sebak.. alaa kak Yati niiii.. suka tau buat kita sekali ngis.. “

” Tak nampak macam ayah nampak.macam abang pada Yatie, muda betul ayahnya.. Nampak mcm abang sulung dgn semua adik2 perempuan nya.. “

” Baru dpt tgk ayah.. selalu dlm video ajah mesti ayah nyorok.. Alhamdulillah semoga hubungan kekeluarga terjalin utuh.. Nape saya yg nanges ek, suka tgk orang yang jaga ukhwah keluarga kerana ia sangat bermakna.. “

” Yatie ni very motherly bukan pd anak2 je tp pd adik2 juga.. slalu bagi positive vibes pd semua keadaan. N sentiasa nmpak cool, tenang, matang n realistik.. mayb yatie mewarisi ciri2 ni dari ayah2 dia.. “

” Nampak muda betul, padan lah ajah dengan ajim cute.. 62 tahun tapi nampak muda sangat ayah ni. Dari sudut hati saya, mulia hati Yati rapat dgn ayah tiri. Nampak ikhlas antara mereka. Teruskan berukhwah Yati familys.. “

Ayah kandung atau pun ayah tiri, itu tetap insan yang dianggap ayah oleh Yatie. Pengorbanan dan jasanya tetap ada untuk Yatie dan adik-adik. Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan selalu dalam rahmat Allah dan diselubungi kebahagiaan selalu yang berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Yatie_krmzmn

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
Handbag Daisy by Aliff Syukri

Trending

Copyright © Berita Kopak