Artis / Selebriti
” Fattah Amin ni geram pulak aku tengok, clingynya. Tak hormat orang single ni.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Fattah Amin ketika live kali pertama bersama Amira Othman sebagai suami isteri buat warganet geram. Alah alah, manja sangat ni Abang Long. Mengada tau, makan hati geng single tengok. Haha..
Pasangan pengantin baru sensasi, Fattah Amin dan Amira Othman telah pun membuat live bersama-sama semalam. Ini adalah live pertama mereka sebagai suami isteri atau pun rakan serumah dan ianya mendapat perhatian total keseluruhan lebih 800 ribu viewers semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aleeya94 Official dan Tiktok anvhera, telah dikongsikan moment romantis Fattah dan Amira. Fattah memang manja orangnya dan kemanjaannya ketika live semalam membuatkan ramai yang geram melihatnya.
Sifat penyayang Fattah jelas terpancar dan ramai yang dapat merasai betapa sayangnya Fattah terhadap Amira. Memetik komen warganet, Fattah ini love languagenya adalah melalui sentuhan seperti genggaman tangan. Dari awal live sehingga penghujung, Fattah sentiasa memegang tangan Amira.

Selain mempromosikan produk Rissa, pasangan ini turut menjual produk Emiera keluaran mereka. Bertambah geram warganet melihat Fattah memaut manja bahu Amira. Mentang-mentang sudah halal, manja Fattah itu makin menjadi-jadi, itu yang diperkatakan oleh warganet.
Jom tonton video di bawah :
@anvhera korang jangan lama2 ekk. jem satu hal pastu dah 2 hari tak tidur2 lagi 🤣🤣 #fattahamin #amiraothman #fattmira #rissaskin #emierahq
@anvhera korang tak ngantok lagi keee? min yg tgah edit ni mata dah ke lain dah ni 😂 min dah pesan kan, jangan lama2 tau. jem ni haa 🤣 #fattahamin #amiraothman #fattmira #rissaskin #emierahq
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian-perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nak sapu losyen tu sapu jer la.. xyah nk pegang-pegang.. ngada ngada lah bang long ni.. manja tu bukan main lagi eh.. “
” Asal fattah amin ttbe jd clingy gile wey.. Ini bukan takat tak hormat orang single.. Kami yang dah kawin pun rasa tak dihormati jugak ni.. “
” Fattah amin ni geram pulak aku tgk haha.. dia mcm dah lama pendam nk buat kelaku cmni.. nampak bertambah happy sekarang.. manja gila fattah. isteri syurga dia masih shy shy cat.. “
” Wehhh the other side of fattah amin yang tak pernah nampak ya allah clingy nyaaa.. Geram tengok Fattah mlm ni kemain hyper dia ya .. krem pipi asik tersengih aje.. “
” Menunjuk betul kau ya Fattah oiii… geram hakuuu.. Iya iya isteri syurga.. iya ambikkk.. Aku yg dah kawin pon dok sengih, korang single, ok ke tu.. “
” Suka tu dah lama.. tapi kena jaga batas dan cover sbb belum nikah.. tapi bila dah sah dan halal.. terkeluarlah kasih sayang tu semua.. tu lah nikmat bercinta selepas berkahwin dan kerana Allah.. “
” Dah lama Fattah tahan step.. akhirnya dapat jugak. behave yerr.. mengada ngada tau.. selain dri bang long sweet.. tp ralik tgk kaklong tu cantik btul air muka dia tenang lawa.. “
” Ini ka definisi lelaki akan clingy dgn perempuan yg dia sayang.. Eeee sukanya setiap kali fattah romantik, amira akan gelak malu. Sweet betul.. “
Tumpang gembira dan bahagia warganet melihat Fattah dan Amira. Fattah menjadi dirinya sendiri dan terserlah sebenarnya Fattah yang paling manja berbanding Amira. Makan hati geng single melihat kemanjaan Fattah bersama isteri syurganya itu. Apa-apa pun, semoga Fattah dan Amira berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aleeya94, Tiktok Anvhera, IG Imani Imtiyaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen

